Pengikut

Isnin, 17 Oktober 2011

PMRAM.... BKKIM..... IMAMMMMM !!!!!

Rasa dah begitu lama saya tak menulis, mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja parti dan sekolah yang sedang diuruskan. kalau nak ulas... macam2 isu ada dalam perut ni... maklumlah Malaysia ni kaya dengan isu... lebih2 lagi negeriku Melaka.


Sekarang ni isu budget belanjawan 2012...... hai macam2 ulasan... yang menggampu.... boleh tahan juga, walau pun tak tahu langsung tentang ekonomi !!! kalau dah umno tegar tu..... almaklumlah....


Saya cuma nak sentuh isu pelajar2 melaka kat Mesir aja..... dengar cerita amat kecoh ! ye la.... pegawai2 yang dihantar ke sana pun memang jenis niat suka buat kecoh..... makan gaji free ... tak padan dengan kerja. Zaman saya duk Mesir dulu, kerajaan Melaka tak ada pun hantar pegawai rumah negeri..... kami semua aman berpersatuan. sekarang ni dengar cerita 2 orang pegawai tetap dan seorang lagi datang berkala. Rasanya..... mereka silap... pegawai yang dihantar tak berapa cerdik tetapi nak kawal mahasiswa yang cerdik pandai.... macam monyet nak arah tuan !!!!


Buat komen tak tengok kiri kanan.... adat resam kabilah mana yang diamalkan ? orang Melaka tak begitu lazimnya. Nak kondem PMRAM persatuan berjasa kepada mahasiswa sejak 60 tahun yang lampau.... bukan mudah bagi orang yang baru nak kenal musim sejuk di Mesir !!! IMAM namanya indah tapi sayang ... tak ada makmum yang nak sembahyang di belakangnya kerana bacaannya terlalu pincang !!! itulah akibatnya apabila makmum lebih bijak dari IMAM. Dalam hukum fiqah pun kita wajib mufaraqah solat.


Jadi saya nasihatkan kalian semua agar duduk bertafakkur memikirkan kesilapan ....jangan takabbur dek kerana untuk sesuap rezeki. Kalau rasa duduk di Mesir kerjanya hina.... baik pulang ke desa.... jual goreng pisang lagi mulia. Rezeki tuhan ada di mana2. Bagi rakan2 ahli BKKIM kalian perlu bersabar teruskan perjuangan, halangan ini adalah untuk mengkayakan pengalaman. Kalian menderita buat seketika tetapi gembira buat selamanya.


Rasanya itu saja dulu sebagai peringatan awal untuk yang bernyawa.........

Sabtu, 23 Julai 2011

NAJIB HIDUP 58 TAHUN !

Hari ini PM 1 Malaysia sambut ulang tahun kelahiran ke 58. Syabas....dari saya. Usia yang agak panjang ini adalah anugerah Allah. Mungkin dah ramai rakan sebaya Najib selamat mengadap ilahi. Seorang hamba yang beriman perlu banyak menghitung diri hari - hari yang telah dilalui.


Untuk PM merupakan manusia yang terlalu banyak bebanan amanah dibahu. Sebab itu Saidina Umar sebelum kematiannya pernah berpesan kepada keluarganya : "Cukuplah dari keluarga Umar aku seorang yang jadi khalifah ". Ini pemimpin yang beranggapan jawatan bukanlah satu kemuliaan tetapi adalah amanah.


Sepanjang Najib jadi PM dan menteri kabinet sebelum ini, pernah PM dan rakyat seluruhnya perlu muhasabah. Berapa ramai rakyat tertindas, dizalimi, terpenjara,ditumpahkan darahnya dan lain - lain. Apa perlu saya utarakan persoalan ini ? Mungkin ada yang mengatakan kenapa tak diutarakan kebaikan yang PM lakukan ? Sebenarnya untuk lebih menyedarkan diri dan kebaikan, faktor kepincangan adalah lebih memberi kesan ke arah positif. Nabi pun berpesan mafhumnya : " hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini ".

PM perlu diberi nasihat berbentuk agama dalam usia emas ini. Satu hari beliau akan bertemu kematian.... mungkin esok, mungkin lusa...... Ahli Umno biasanya tak akan membantu presidennya ke arah itu... biasalah bagi mereka yang penting pulus !!!

Ahad, 17 Julai 2011

BERSIH YANG TAK AKAN KOTOR !

Walau pun perhimpunan aman bersih dah 2 minggu berlalu tetapi bahangnya masih terasa dalam pemikiran rakyat tak kira penyokong kerajaan apa tah lagi penyokong pembangkang. Sambutan masih hangat apabila diikuti dengan ulasan penceramah pada hari - hari berikutnya.

polis pula masih melakukan tangkapan rambang terhadap pemilik pakaian kuning.... sungguh meriah.


Saya pula kebetulan akan dipanggil oleh pejabat polis daerah pada khamis ini untuk beri keterangan saksi tentang pelancaran bersih peringkat negeri Melaka awal Julai tempoh hari. Juga tidak ketinggalan rakan - rakan yang berada di seberang laut berjaya menguningkan bandar - bandar utama di negara masing - masing. Maknanya perhimpunan Bersih pada kali ini dapat menaikkan imej Malaysia di mata dunia...... jadi apa yang PM risau sangat.....

Khabarnya kedatangan PM ke UK baru - baru ini pun disambut oleh Queen Elizebeth dengan pakaian gaun berwarna kuning.... mungkin dia tahu PM suka dengan warna tersebut.!!!

Ahad, 12 Jun 2011

UMNO RASUAH SIANG HARI !

Sinar harian semalam mengutarakan satu cerita lucu tindakan Umno bahagian Bukit katil yang diketuai oleh Yb Datuk Mat Sirat Abu. Program tersebut dinamakan Program Mesra Rakyat anjuran parlimen Bkt. Katil.


Antara pengisian program adalah kempen daftar pengundi baru. Apa yang menarik dan melucukan ialah tawaran sebanyak 500 minyak hitam ditawarkan kepada pengunjung yang datang mendaftar sebagai pengundi baru khususnya di kawasan parlimen Bukit katil.

Apa nak jadi dengan Umno ni... minyak hitam pun jadi tawaran ! esok tak tahu minyak apa pula, mungkin minyak gamat pula kot......


Sebenarnya stuasi sekarang rakyat dah tak minat mengundi BN, mereka nak tunggu ada rasuah baru boleh sebab dah diajar begitu sekelian lama.

Khamis, 9 Jun 2011

PEMBAZIRAN TERBARU !!!

Saya baru buka blog Wan Motor ( pembantu pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Anak Melaka Mesir ). Saya tak tahu berapa gaji subsidi yang dibayar oleh kerajaan negeri, tapi rasanya tak kurang RM2500 sebulan. Saya tahu jawatan itu saja diwujudkan adalah sebagai tujuan politik. Maka sekarang saya difahamkan dah ada dua orang pegawai ditempatkan di rumah Melaka, sebelum ni hanya sorang aja....


Semasa saya di Mesir dulu.... tak ada pun pegawai yang dihantar ke sana dan tak ada masalah pun. Cuma yang mula kecoh ni selepas ada pegawai. Sebabnya adalah datang ke Mesir adalah atas tujuan kembangkan pengaruh politik tetapi gunakan duit kerajaan negeri dan duit rakyat. Sebab itu saya rasa membazir ! kalau buat punggutan suara anak Melaka kat Mesir pun, rasanya majoriti tak setuju..


Kedua : saya lihat beliau cuba nak ulas isu politik pembangkang tapi dangkal. Okey le juga tapi ulas dulu politik perkauman Umno. Contohnya apa pandangan beliau apabila kerajaan BN tarik bantuan perkepita kepada sekolah - sekolah agama rakyat dulu sampai sekarang. Sedangkan kerajaan pimpinan DAP beri bantuan penuh kepada sekolah - sekolah agama di Pulau Pinang. Banyak lagi kalau saya nak contohkan. Tapi perpatah arab kata : orang bijak memadai dengan satu contoh, tapi orang bodoh seribu misal pun tak faham....