Pengikut

Isnin, 3 November 2014

Program Mengeteh Bersama Ketua Pemuda PAS Malaysia

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah, program Ngeteh Anak Muda Bersama Suhaizan Kayat berjalan dengan lancar..terima kasih kepada kepada semua pihak dan juga kepada sdra Mohd Asri dan team pemuda Umbai yang memastikan program berjalan seperti yang dirancang

Sabtu, 18 Oktober 2014

JOM BUAT PAHALA

Assalamualaikum ..

Jom sahabat2 bersama-sama membantu menyumbang untuk tabung pembangunan Surau Hamas di Jasin...sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan ahli jawatankuasa pembangunan iaitu Tn Haji Suffian, Tn Haji Shamsudin dan Tn Haji Ismail Ab Latif..no.telefon disertakan sekali pada poster


Sabtu, 12 Oktober 2013

Rasulullah SAW Idola Sepanjang Zaman

Nabi Muhammad SAW merupakan contoh teladan dan idola terunggul dalam meniti arus kehidupan yang penuh pancaroba. Sama ada sebagai pemimpin negara ataupun pemimpin di dalam rumahtangga, baginda merupakan contoh teladan yang terbaik kerana memiliki sifat-sifat yang terpuji sehinggakan baginda telah diberi gelaran Al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy kerana kejujuran baginda dalam setiap perbuatan dan perkataannya.

 Peribadi mulia yang dimiliki baginda Nabi Muhammad SAW bukan sahaja dikagumi umat Islam sendiri malah turut dikagumi golongan bukan Islam. Baginda sentiasa mempamerkan sikap sopan-santun, lemah-lembut dan memberikan layanan yang baik kepada semua orang tidak kira sama ada orang itu Islam atau bukan Islam. Oleh kerana keperibadian mulia baginda Rasulullah SAW, ramai golongan bukan Islam pada zaman baginda telah memeluk agama Islam kerana terpegun dan jatuh hati dengan akhlak yang dimiliki baginda. Antara kisah yang masyhur ialah kisah baginda dengan seorang perempuan tua berbangsa Yahudi. Perempuan tua itu seringkali meletakkan najis dan duri di hadapan rumah baginda. Namun, baginda Rasulullah SAW sentiasa bersabar. 

Isnin, 31 Disember 2012