Pengikut

Rabu, 2 April 2008

ULASAN ISU FILEM BELANDA HINA ISLAM


Isu Ahli parlimen Belanda yang menghina Islam melalui internet , macam-macam reaksi pemimpin UMNO tetapi satu tindakan tidak diambil keatasnya. Kalau betul lah kerajaan Islam Had Hari ada sensitiviti, putuskan sahaja hubungan diplomatik dengan mereka. saya bersetuju dengan cadangan Tun Dr. Mahathir , tindakanya ialah umat islam perlu bersatu dan jangan fikir kepentingan perut sendiri (Ekonomi)

Saya nak bidas sedikit pandangan Tun dan semua pemimpin UMNO, Almarhum Dato' Fadzil Noor Presiden PAS pernah mengesyorkan pada Dr. Mahathir dulu semasa pidato bersama untuk kebebasan Palestin(ketika itu Malaysia bakal menjadi tuan rumah Persidangan OIC dan malaysia sebagai bakal pengerusinya) agar OIC menubuhkan tentera bersekutu dikalangan negara-negara anggota untuk mempertahankan negara umat islam serta agamanya, tetapi sayang cadangan yang rasional ini tidak mendapat sambutan daripada para pimpinan UMNO.

Akhirnya OIC walaupun dianggotai lebih daripada 50 buah negara Islam tetapi tidak ada apa yang dapat digerunkan oleh dunia barat. Esok lusa apa pula cemuhan dan penghinaan terhadap Islam lagi, OIC sekadar mengeluarkan kenyataan mengutuk. Di Malaysia sahaja, bila berlaku gejala murtad , apa yang UMNO buat tindakan.

Kalau muka UMNO , rakyat tak harap apa-apa respon positif untuk mempertahankan Islam, dasar UMNO untuk kebangsaan bukan untuk Agama Islam.

Sebab itu kalau bangsa lain hina melayu, UMNO sanggup bermandi darah.

Tiada ulasan: