Pengikut

Isnin, 16 Jun 2008

RINGKASAN BERITA ISU SEMASA

OLEH : KBS

1) Isu badan kehakiman memperlihatkan bagaimana sikap balas dendam Pak Lah kepada Dr. Mahathir. Akhirnya kita lihat pemimpin UMNO buka pekung sesama sendiri tak perlu pembangkang buktikan. Soalnya betapa zaman Tun banyak campur tangan politik dalam badan kehakiman tapi kenapa Pak Lah berdiam diri masa tu ? saya rasa mungkin Pak Lah takut atau setuju dengan sikap Tun. Kalau gitu rakyat boleh nilai kribiliti Pak Lah dan menteri kabenit yang sewaktu dengannya.

2) Apa nak jadi dengan Datuk Seri Nazri Aziz umumkan biasiswa JPA untuk pelajar luar negara yang bukan bumiputera naik sampai 45%, dulu Cuma 10%. Biasiswa ada 2000, bermakna 900 untuk bukan bumiputera dan 1100 bagi bumiputera.

Ini mungkin usaha politik untuk kembalikan sokongan mereka pada BN. Tapi sanggup gadai kepentingan bangsa sendiri. Perpatah Pak kadok : menang sorak kampung tergadai. Inilah cara pemimpin UMNO uruskan negara dan bangsa.

3) Kisah lucu tapi benar : Ezam nak masuk UMNO syarat bila Dr. Mahathir tak ada dalam UMNO. Selagi Pak Lah jadi PM Mahathir pula tak akan masuk semula UMNO. Kalau Pak Lah letak jawatan atau mati Mahathir akan kembali semula ke UMNO. Bila Mahathir masuk semula, Ezam pula akan keluar UMNO. Jadi Ezam ni sedang main nyorok – nyorok dengan Tun Mahathir dan parti UMNO tempat main nyorok – nyorok sebab banyak pintu boleh keluar masuk.

4) Ucapan syabas dan tahniah kepada semua perwakilan dan pemerhati yang hadir ke muktamar Dewan pemuda PAS Melaka pada 8 Jun 08 yg lalu di Dewan Bidara Puteri beach Resort Pantai Kundur, Melaka, juga kehadiran rakan dari Angkatan Muda keAdilan (AMK) naib ketua, setiausaha dan ketua penerangan AMK.

5) Kerajaan negeri Melaka tiada agenda besar untuk benteras kemungkaran bahkan menggalakan kearah tersebut. Pihak penguatkuasa Jabatan agama ( JAIM ) cuma mampu mencatatkan indeks jenayah syarie aja, dengan staf yang begitu terhad dan bidang kuasa yang terbatas....itulah nasib Melaka tanah airku yang bersejarah....

Catatan rasmi JAIM :
KESALAHAN

a. Bersekedudukan dengan bukan mahram : 839(Tahun 2006 ),699(Tahun 2007) 317(Jan - April 2008)
b. Anak luar nikah 380(Tahun 2006 ), 311(Tahun 2007),114 (Jan - April 2008)

Tiada ulasan: