Pengikut

Ahad, 13 Julai 2008

ISU DALAM SEMINGGU 2

Baru – baru ini rakyat Melaka sebahagiannya baru tahu usaha kerajaan negeri telah menjalankan projek menggali 24 lubang kubur VVIP di sekitar masjid negeri, mungkin salah satunya untuk ketua menteri… mantan TYT dah ambil satu, sekarang tinggal 23 lagi

komen saya : kos projek tersebut perlu diwartakan kepada rakyat negeri melaka. Keduanya, kerajaan perlu perjelaskan apa matlamat dan keperluannya untuk rakyat. Bagi saya dan rakyat Melaka kami tak perlukan kubur VVIP, rakyat akan ingat kalau kita berjasa, tapi kalau mati tinggalkan hutang yang terpaksa rakyat tanggung, tanam kat mana pun rakyat akan pijak....... mufti kenapa tak masuk campur ???

Khabarnya kerajaan Melaka ada peruntukan kepada rakyat Melaka yang mati akan diberi RM400 dan yang ke IPT diberi RM200.
- Soalannya rakyat tak tahu pun macam mana nak dapat duit tu, nak kena isi borang UMNO dulu ke?
Dan yang mati tu setakat ni belum ada yang dapat lagi.... harap promosi le betul – betul, macam tak nak beri aja... kalau tak de duit tu cakap le .....

2) Syabas kerajaan negeri Perak yang telah melaksanakan projek bantu rakyat walaupun baru 100 hari memerintah : 20 meter padu air percuma untuk rakyat miskin. RM1000 untuk anak negeri ke IPT.

Komen : Rakyat Melaka 60 tahun BN perintah, air bayar sendiri masuk IPT RM200 Tak tentu dapat lagi.... tahun 2010 Melaka maju hutang terus memacu...... Ali Rustam keluar negeri makan angin, orang Melaka makan asap keluar angin.Tapi yang peliknya, KM Melaka dengan muka temboknya kata Kerajaan Selangor dan Perak tiru Melaka. Kalau dah dasar Penipu .... pegi mana pun macam tu... tak layak jadi KM.... rakyat Melaka mana ada rasa dapat air percuma, satu meter padu pun tak merasa, yang ada lambat bayar kena potong air. Anak Melaka yang masuk ke IPT pun mana dapat duit percuma, yang dapat tu pinjaman..... ini le tahap pemikiran Naib Presiden UMNO macam pengerusi UMNO cawangan dan tahap Pengerusi JKKK.

4) Kebelakangan ini, ramai orang komen dengan laporan akhbar SINAR edisi Jasin, tiap – tiap hari keluar gambar ADUN Serkam dan Sg. Rambai. Cari le berita lain, beri orang kampung sekampit beras pun nak masuk berita..... Wartawan Sinar harus hati – hati dengan ADUN UMNO ......

5) Baru ni KM Melaka umumkan Melaka catat pengangguran terendah .... kononnya ... Bandaraya Melaka pula dapat pengiktirafan Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO.... bukan main le Ali Rustam jaja sana sini..... sampai orang kampung tenggelam banjir pun tak perasan, hutang lapok pun tak sempat bayar..... Macam ayam betina... bertelur sebiji riuh sekampung tapi buntut terpalit dengan najis..... he he...

Tiada ulasan: