Pengikut

Khamis, 28 Ogos 2008

i'm returning back right now ..

Assalamualaikum wbt.
Saya mohon maaf kerana dah lama tak berintraksi sebab terlalu sibuk dengan urusan ke muktamar, urusan sekolah dan pulang ke kedah menziarahi bapa mertua yang sedang sakit tenat.Rasanya macam – macam isu dalam negara kita kalau nak dinukilkan……. insyaAllah saya akan terus berbicara dengan anda…

1) Dalam masa 2 minggu ada 3 lembaga duk sibuk bersumpah ( saiful, najib & Tajol Rosli ). Nampaknya Malaysia ni kaya dengan sumpah dan sampah….. ada wartawan tanya saya camne pendirian Pemuda Pas Melaka terhadap desakan pemimpin BN suruh Anwar bersumpah. Saya jawab Anwar tak payah layan, ini semua media duk sibuk apikan, tanya orang sana sini… rakyat nak tahu siapa yang bunuh Altantuya Sharibbu…… Kalau Anwar sumpah pun, pemimpin BN nak percaya ke ? Si Saiful tu memang dah kena sumpahan….. kes dia dah sebulan … kenapa tak sumpah awal – awal lagi ? sibuk nak pilihanraya Permatang Pauh, sibuk dia nak bersumpah…. Kalau rawatan doktor pakar dah kata dia tak diliwat, apa nak sibuk – sibuk lagi!!! Muka tak tahu malu betul.

2) Pelajar UiTM semua cawangan dah buat demo. Apa tak buat tiap – tiap hari ? tak payah belajar….. pertahan hak melayu konon….. ape dah….. dulu kerajaan BN perkenalkan kota 10% bukan bumiputera dalam MRSM kenapa tak buat demo ? Ini baru MB Selangor buat cadangan dah kecoh satu dunia….. orang luar tengok macam budak tak cerdik aja… itu le ikut lagi perangai NC UiTM lebih Umno dari Umno …..

3) Pilihanraya kecil Permatang Pauh dah selesai. Majoriti DSAI bertambah, pemimpin UMNO nak kata apa? Batul kata Datuk Anuar Musa : BN tak payah masuk, beri PKR menang free, buat habis duit aja…. Yang duk yakin sangat menang ni Ali Rustam aja…. Dia ni kalau cakap tak padan dengan akal….. dengar cerita pula ada bas daripada Jasin Melaka ditahan bawa pengundi hantu raya...... macam – macam, UMNO jasin ni memang pandai biakkan hantu.

4) Sekarang ni, kita nak tengok apa pula BN nak buat pada Anwar... dengar cerita kes liwat nak dipercepatkan sebelum bulan Oktober iaitu sebelum Anwar masuk Parlimen.

5) Bulan Ogos dah nak habis, kemeriahan sambutan kemerdekaan langsung tak rasa, bendera free pun susah nak dapat. Maklum aja le nasib Umno terseksa lepas PRU... kalau macam ni le dulu, banyak duit rakyat terselamat.....

6) Ali Rustam kata : Melaka maju tinggal 16 bulan lagi, syaratnya mesti cukup 32 petunjuk, setakat ni baru capai 13 petunjuk, baki 19 lagi. Kalau sebualan capai satu petunjuk, pakai tak sempat maju nampaknya.......... Umno pun dah nak berkubur......... ini semua fantasi aja.... baik target tahun 2010 Melaka bebas hutang lapok..............

7) InsyaAllah pada 29 / 8 / 08 ni saya akan adakan majlis ihtifal meraikan pelajar – pelajar saya seramai 13 orang yang akan lanjut pelajaran ke Unv. Al Azhar pada pertengahan Oktober nanti. Doa kalian saya harapkan agar mereka menjadi eset perjuangan Islam.... takbir.

Tiada ulasan: