Pengikut

Jumaat, 19 September 2008

Pak Lah perlu berehat panjang

Saya cuti menulis selama 3 hari, bukan kerana takut dengan isu blogger - blogger sedang diintai oleh pihak tertentu. Tapi saya sedang perhatikan suasana politik terbaru tanah air. Maka saya ambil kesimpulan PAK LAH PERLU BEREHAT WAJIB. Ini berikutan keadaannya yang tidak stabil untuk mengurus negara. Bermula dengan kekalahan teruk BN di permatang pauh, isu perkauman yang membawa pemecatan ketua Umno Bukit Bendera, perletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim, keritikan pedas oleh Tan Sri Muhyiden Yasin, parti SAPP meninggalkan BN buat selama - lamanya dan tekanan Pakatan Rakyat untuk tukar kerajaan. Rasa saya itu adalah tindakan yang wajar atau Pak Lah meninggalkan kerusi Perdana menteri serta merta sebelum keadaan semakin tak terkawal.

Tiada ulasan: