Pengikut

Jumaat, 5 September 2008

Tazkirah Ramadhan-Malaysiakini

Tahukah anda bila ibadat puasa difardhukan? Berapa kali nabi kita sempat melakukan puasa Ramadhan? dan apakah matlamat puasa bagi umat Islam?Ibadat Puasa difardhukan pada tahun ke 2 hijrah semasa nabi berada di kota Madinah. Nabi kita saw. diriwayatkan hanya sempat melakukan ibadat puasa selama 9 kali Ramadhan sahaja. Ada dikalangan sahabat pula yang sempat berpuasa Ramadhan lebih singkat daripada itu kerana mereka wafat lebih awal. Bermakna kita orang melayu berpuasa lagi lama dari itu, cuma bezanya sahabat nabi mampu mendidik diri mereka menjadi orang - orang yang boleh dijadikan qudwah serta kuat pertahankan Islam hanya dengan ibadat yang difardhukan.
Zaman mereka tak ada forum perdana, seminar ilmiah, diskusi, bicara mufti dan berbagai lagi. Ini adalah kerana mereka ada fokus dalam melaksanakan ibadat iaitu apa yang disebut oleh Allah swt. dalam ayat tentang puasa " agar kamu jadi orang yang takwa ". Jadi bukan pahala matlamat utama mereka. Takwa di sini membawa erti menjadikan individu yang patuh kepada perintah Allah swt dalam masa sama menjauhi larangan Allah swt. Tapi kalau puasa buat, sambut merdeka berkaroke dan panggil artis sampai tak ingat tuhan, ini takwa Islam Hadhari namanya. macam masjid kerajaan buat, kelab malam pun buat, 70 tahun pun puasa tak jadi orang. Maka sebab itulah saya menyeru kalian semua agar laksanakan ibadat fokus kepada kesan ibadat kerana itulah matlamatnya, pahala tu serah pada tuhan, bukan kerja kita. kerana apabila matlamat ibadat diabaikan,maka lahirlah individu tidak patuh pada ajaran agama seperti orang yang solat tapi kaki rasuah, pecah amanah, songlap duit masjid, gila kuasa, zalim, tak minat sokong Islam dll

Tiada ulasan: