Akhirnya terbukti dakwaan PAS sebelum ini, Umno adalah parti yang bersifat perkauman. Isu ucapan ketua Umno bahagian Bkt. bendera amat memilukan hati orang cina. Semalam pemimpin Umno P.Pinang menyaksikan acara mengoyak dan memijak gambar pemangku pres. Gerakan yang juga mantan KM P.Pinang. Perasaan melayu Umno P.Pinang sudah meluap - luap anti cina. Silap siapa? Teguran Pak Lah sudah tak ada nilai buat Umno P.Pinang. Bagi mereka Pak Lah boleh datang dan pergi. Sebelum ini Umno P.Pinang letak harapan menggunung tinggi di zaman Pak Lah jadi PM agar jawatan KM P.Pinang berpindah ketangan Umno kerana Umno lebih banyak kerusi berbanding Gerakan. Tapi apa Pak Lah boleh buat? Sekarang dua - dua parti BN itu melepas...... perang saudara pula meletus. Saya seru pemimpin dan penyokong Umno supaya menyertai PAS sama - sama bina kekuatan Islam dan Melayu, insyaAllah satu hari nanti KM P.Pinang akan berpindah ketangan Melayu. Hangpa duk dalam Umno tapi bergaduh, esok kena tindakan displin parti lagi malu, lebih baik tukar parti nak lawan pun puas hati. InsyAllah kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan...... ahlan wasahlan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan