Pada hari raya ke empat baru - baru ini saya terbaca dalam akhbar Sinar Harian tentang beberapa kawasan kampung di Malaka mengalami banjir kilat. Beberapa orang penduduk masing - masing beri komen dalam nada yang sama iaitu sistem perparitan yang tak terurus. Saya pun naik muak dengar keluhan orang kampung dengan hal parit longkang sedangkan Umno bercerita kisah perbaiki parit ni sejak merdeka lagi, JKKK yang dilantik setiap kampung dah masuk dalam perut mereka berguni - guni duit hasil komesyen projek parit longkang ada yang dah boleh pergi haji. Dulu ada yang kata pembangkang boleh beri apa? kekadang ada kampung parit longkang tak boleh dibersihkan sebab berhadapan rumah orang PAS...... hari ni rumah orang Umno yang tenggelam air. saya cadangkan panggil JKKK minum dan sedut air hujan tu bukan mengadu hal dalam akhbar, nak minta bantuan perbaiki longkang pun kerajaan Melaka dah pokai tinggal hutang aja....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan