Saya sempat hadirkan diri dalam perhinpunan aman PPSMI di KL pada 7 Mac lalu. Boleh dikatakan hampir sama dengan himpunan BERSIH sebelum PRU 12 lalu, cuma gangguan pihak keselamatan agak agresif sikit, pada hemat saya lebih 30 gas pemedih mata dimuntahkan semata - mata rakyat nak bertemu Yang Dipertuan Agung. Ala kulihal rakyat berjaya mara, pihak keselamatan hilang kewarasan dan pemimpin UMNO termenung beruk melihat suara rakyat membadai ibukota KL
Kata sasterawan negara yang hadir Tan Sri A. Samad Said :" rupa - rupanya begini cara nak ajar kerajaan yang tak ada telinga lidah bercabang ". Respon awal PM agak positif ingin bawa ke kabinat segera takut suara rakyat bertambah besar. Menteri Pelajaran komennya agak sumbang kerana secara melulu menuduh pembangkang sebagai dalang dalam perhimpunan tersebut kerana kehadiran ramai pemimpinnya. Sebenarnya kehadiran mereka merupakan sebagai gambaran bahawa semua lapisan rakyat menentang dasar perlaksanaan PPSMI termasuk pemimpin pembangkang kerana anak - anak mereka pun terjejas sama. Adakah itu satu kesalahan mereka hadir?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan