Selasa, 2009 Ogos 11

Ali Rustam Dicabar Kuatkuasa Pengharaman Arak

MELAKA, 11 Ogos (Hrkh) - Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam digesa menguatkuasakan dengan segera undang-undang pengharaman arak di Melaka bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar merupakan seorang pemimpin yang prihatin terhadap agama Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.

"Jika dia juga seorang pemimpin yang menghormati budaya Melayu dan agama Islam, kenapa dia sendiri tidak melaksanakan undang-undang pengharaman penjualan arak di negeri ini terlebih dahulu.

"Jika langkah itu tidak dilaksanakan di semua peringkat negeri, memadai ia dibuat di peringkat daerah demi membuktikan beliau benar-benar seorang pemimpin yang prihatin dengan umat dan agama Islam," kata beliau.

Beliau mencabar Ali Rustam melaksanakan pengharaman arak di negeri Melaka berikutan cabaran yang dibuat oleh Ketua Menteri itu supaya PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat kerana isu yang membabitkan penjualan arak di Selangor baru-baru ini.

"Beliau adalah seorang pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti di negeri ini dan dia berhak serta mempunyai kuasa untuk melaksanakannya.

"Jika tidak berani melaksanakannya, lebih elok dia tidak membuat sebarang komen atau mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat, jangan campur hal rumahtangga orang lain," katanya.

Sebelum ini, Ali Rustam mengeluarkan kenyataan mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat berikutan kemelut yang melanda dengan isu penjualan arak di Selangor tetapi pada masa yang sama beliau hanya memejamkan mata sahaja terhadap lambakan penjualan arak di Melaka terutamanya di Melaka Raya. - mks._

sumber: Harakah

Label: ,

2 Ulasan:

Blogger Awrapurnama berkata...

sokong ustaz.

sudah serik tengok botol2 arak bersepah. malu.

2009 Ogos 12 16:05  
Blogger wak.jaman berkata...

Alhamdulillah.... pada hari ini telah lahir sebuah laman blog dengan Idea konsep baru dengan menggunakan kartun dalam menterjemah isu-isu semasa.

Kata orang sebuah lukisan lebih baik dari seribu perkataan,walau bagimanapun kartun-kartun yang saya dihasilkan tidaklah terlalu berat untuk difahami dan lebih kepada hidangan ringan melepaskan tension dari pada terlalu serius memikirkan keadaan politik sekarang.


Saya cuba untuk tidak terlalu pre-judis terhadap mana-mana pihak dengan mengambil isu-isu dari sumber arus perdana digarap secara sinis dan tidak melampau supaya dapat diterima oleh semua pihak.

Saya harapkan sedikit senyuman keceriaan dari semua yang menatap karya saya yang tidak seberapa ini.

Segala komen dan Idea untuk pembangunan blog ini amatlah dialu-alukan juga sumbangan kartunis lain yang berminat untuk menyumbang.
dan terus memeriahkan dunia bloggers dengan kepelbagaian idea dan sumber

salam sayang dari

http://utusanjamanedan.blogspot.com/

2009 Oktober 7 09:02  

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama