Pengikut

Isnin, 4 Januari 2010

CUTI UMUM HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN.

TERLEBIH DULU SAYA MOHON MAAF KERANA TAK SEMPAT UPDATE BLOG UNTUK BEBERAPA HARI YANG LALU. INI DISEBABKAN TERLALU SIBUK DENGAN URUSAN PERSEDIAAN SESI PERSEKOLAHAN 2010, MAKLUM SAJALAH SEBAGAI PENGETUA SAYA TERPAKSA BERFIKIR LEBIH DARI APA YANG DIFIKIRKAN OLEH GURU - GURU BIASA...
ALHAMDULILLAH KALI INI SAMBUTAN KE SEKOLAH DUA ALIRAN NAMPAKNYA MENJADI TUMPUAN MASYARAKAT SEKARANG. SAYA TERPAKSA TAMBAH KELAS UNTUK TINGKATAN SATU PADA KALI INI DAN TERPAKSA MENOLAK PERMOHONAN SEBAHAGIANNYA.
TAPI APA YANG SAYA NAK KOMEN DI SINI ADALAH SUASANA YANG PERLU KERAJAAN UBAH TARIKH CUTI AWAL TAHUN DITUKARKAN KEPADA CUTI UMUM PADA TARIKH AWAL SESI PERSEKOLAHAN. INI SANGAT RELEVEN UNTUK SEMUA RAKYAT. KERANA SAYA LIHAT IBUBAPA AMAT JADI SIBUK DAN KELAM KABUT MENGURUSKAN SESI PENDAFTARAN KEMASUKAN ANAK MEREKA KE SEKOLAH PADA KETIKA ITU. ADA YANG TERPAKSA MINTA CUTI TANPA GAJI PUN SUKAR NAK DAPAT KERANA RAMAI KAKITANGAN AWAM BEREBUT AMBIL CUTI. LAGI PUN PERTUKARAN HARI CUTI UMUM TIDAKLAH SAMPAI BERTENTANGAN PERLEMBAGAAN NEGARA, ITU PUN KALAU KERAJAAN ONE MALAYSIAN PERIHATIN DENGAN SEMANGAT RAKYAT DI DAHULUKAN.....

Tiada ulasan: