Pengikut

Ahad, 30 Mei 2010

PEMIMPIN UMNO MASIH BEBAL....

Saya baca beberapa komen daripada pemimpin UMNO tentang bantahan pemuda PAS terhadap isu kelulusan lesen judi world cup oleh kerajaaan pusat, termasuklah komen daripada Datuk Seri Zamri MB Perak baru - baru ini. Pada prinsipnya beliau setuju judi itu haram tetapi beliau persoalkan dan mencabar agar negeri - negeri di bawah pakatan rakyat agar turut mengharamkan operasi judi dinegeri terbabit.
Apa yang saya katakan kenyataan bebal dan primitif pemimpin UMNO ialah kejahilan mereka tentang bidang kuasa antara kerajaan negeri dan pusat. Apa yang termaktub dalam undang - undang yang sedia ada ialah melulus dan membatalkan lesen judi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan ( BN ). BidangKuasa kerajaan negeri cuma meluluskan premis sahaja. Jadi di mana kewarasan dan kematangan pemimpin UMNO apabila memberi kenyataan sehingga mengelirukan rakyat.

Tiada ulasan: