SUKMA di Melaka berbaki 2 hari lagi. bermacam - macam berita negetif yang dapat dilihat, cuma pihak media tak pandai buat liputan. bak kata perpatah : Indah Khabar Dari Rupa. Pertama, sasaran yang diwar - warkan Melaka akan capai 60 pingat emas, jauh tersasar..... kedua, sambutan penonton hambar dan layu. Khabarnya pelajar - pelajar sekolah dan kolej dipaksa hadir ke veneu tampat pertandingan. Ketiga, makanan para atlit tidak terurus. Keempat, sasaran pelancong sukan yang diwartakan oleh Ali Rustam 500 ribu, angan - angan Mat Jenin.... Kelima, urusan tapak perniagaan sempena SUKMA gagal diuruskan oleh penganjur yang dapat tender.
Saya difahamkan tiga tapak utama disewakan untuk perniagaan iaitu Kota Fesyen, MITC dan Stadium Hang Jebat. Ratusan khemah perniagaan disewakan dengan harga yang agak tinggi, tapi semua gulung tikar lebih awal kerana tak ada pengunjung serta tiada program menarik untuk orang berkunjung.
Saya serta rakan - rakan pimpinan DAP dan AMK sempat melawat peniaga - peniaga malang terbabit, banyak aduan yang kami terima tentang sikap penganjur yang keterlaluan. Hingga menggunakan khidmat gengster memukul peniaga semata - mata untuk mendapatkan baki wang sewaan. Saya sungguh bersimpati, apatah lagi ada yang datang dari luar Melaka mencari rezeki, tapi kerugian dan penghinaan yang mereka perolehi. Ada yang mengatakan mereka tak akan datang ke Melaka lagi untuk berniaga. ya, saya pun setuju selagi UMNO memerintah Melaka, nasib anda tak ada jaminan, walau pun anda melayu lagi UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan