Pengikut

Jumaat, 22 Oktober 2010

WARNA HIJAU YANG MENAWAN...............

Tarikh 20 / 10 / 10 yang dianggap tarikh keramat oleh Ali Rustam dan orang - orang yang sewaktu dengannya adalah hari kemuncak pemerintahan Datuk Seri Ali Rustam sebagai ketua menteri Melaka. Dengan pengisytiharan kononnya Melaka Maju yang diimpikan oleh beliau sejak awal jadi KM, maka saya rasa berakhirlah daulatnya. Walau pun rakyat Melaka masih tertanya - tanya apa yang dimaksudkan atau bezanya sebelum dan selepas Melaka Maju, kerana rakyat takut KM syok sendiri..... hutang bertambah, cukai bertambah..........
Bukan saya tak setuju agar Melaka terus maju, tapi rasanya rakyat tak bersedia lagi. Di sana masih banyak terdapat fakir miskin yang merempat, moral anak muda tak terurus, penindasan terhadap peniaga kecil jadi mainan, pelancong dapat rasa kemajuan dan kesenangan tapi rakyat di kampung terbiar .............
Apa yang menarik pada malam pengisytiharan tersebut adalah semua tetamu VVIP termasuk KM dan PM berbaju seragam berwarna hijau. Dulu KM cukup fobia dengan warna tersebut sehingga ada sekolah dan surau diharamkan beratapkan hijau. Tapi hari ini baru dia tahu warna hijau adalah warna kemajuan, warna biru gelap masa depan........

Tiada ulasan: