Pengikut

Sabtu, 27 November 2010

UMNO TAK SEDAR DIRI !

Akhir - akhir ini kepimpinan PR di Pulau Pinang agak tertekan dengan serangan propaganda BN semenjak bergelar pembangkang ditanah air sendiri. Antara peluru yang digunakan ialah isu kehilangan ketuanan hak melayu di Pulau Mutiara itu. Semasa BN bergelar kerajaan berdaulat dulu cerita ini tak keluar, seolah - olah orang melayu Penang aman makmur dan menguasai ekonomi di bandar, luar bandar serta dalam laut..... sebenarnya zaman BN le dulu orang Melayu P. Pinang merempat keluar tinggalkan kampung berpindah ke kedah, apa yang tinggal untuk orang melayu Penang ialah lagu boria Pulau Pinang Maju orang melayu merempat...
Tapi bila dah kalah, baru sedar dah tak de apa..... lepas tu nak tuding jari pada kerajaan Pakatan Rakyat yang baru 3 tahun memerintah....... BN perintah dah 60 tahun !
Negeri Melaka pun macam tu juga nampaknya. Sekarang seorang pun pemimpin Umno tak bercakap soal nasib dan kedudukan melayu di bandar Melaka..... semuanya maju....... walaupun hanya tinggal sekitar 10 % saja. Nanti bila BN Melaka jadi pembangkang pula, barulah keluar pejuang - pejuang dan wira Umno bangsa melayu berkata: kerajaan PR tak pandai memerintah, hak melayu hilang................ dia jadi makan kera, pisang semua dia dah sapu, kata orang lain pula yang ambil. 60 tahun memerintah, Melaka maju..... orang melayu hanya tarik beca, buka kedai teh dan pandai pantun.......

Tiada ulasan: