Pengikut

Selasa, 15 Mac 2011

TAHNIAH YB GHAZALI....

Saya masih bercuti di Perak bersama keluarga isteri. Pagi tadi saya terbaca akhbar BH bahawa lawan saya untuk Dun Serkam 2008 Yb Datuk Ghazali telah dilantik sebagai exco kerajaan negeri Melaka sebagai mengantikan kekosongan potfolio Allahyarham Datuk Khidir. Saya secara peribadinya mengucapkan syabas dan tahniah dan selamat menjalankan tugas dengan amanah.
Sebelum ini beliau sekadar ADUN Serkam diamanahkan sebagai timbalan pengerusi MAIM untuk bantu kerja - kerja pengerusi ( KM ). Walau apa pun jawatan baru yang akan disandang, saya ingatkan agar beliau perlu selesaikan kerja yang tertunggak. Tahun lepas saya pernah menghantar memo suara rakyat kepada beliau dipejabatnya iaitu: isu pentauliahan kepada tenaga - tenaga pengajar yang ingin memohon tauliah agar jangan terlalu birokrasi dan kepartian sehingga yang layak pun dinafikan atas sebab politik. Saya ingat ketika itu beliau berjanji akan membawa perkara ini ke atas.... saya pun tak tahu atas mana dia nak bawa ? tapi sampai hari ini tak tak ada jawapannya.
Begitu juga masa itu saya kepejabat pengerusi JAIM hantar memo berhubung isu yang menjadi porak peranda masyarakat kampung di Melaka iaitu cara pemilihan Jawatan Kuasa masjid secara lantikan bukan dengan pemilihan, sepatutnya dikembalikan semula kepada masyarakat tempatan. Jawapannya pun sama juga iaitu akan bawa ke atas.... dengar cerita pengerusinya dah berpindah ke jabatan lain tapi memo rakyat tak ada jawapan..... saya pun tak tahu, mungkin mereka nak jawab depan Allah nanti !

Tiada ulasan: