Pengikut

Khamis, 9 Jun 2011

PEMBAZIRAN TERBARU !!!

Saya baru buka blog Wan Motor ( pembantu pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Anak Melaka Mesir ). Saya tak tahu berapa gaji subsidi yang dibayar oleh kerajaan negeri, tapi rasanya tak kurang RM2500 sebulan. Saya tahu jawatan itu saja diwujudkan adalah sebagai tujuan politik. Maka sekarang saya difahamkan dah ada dua orang pegawai ditempatkan di rumah Melaka, sebelum ni hanya sorang aja....


Semasa saya di Mesir dulu.... tak ada pun pegawai yang dihantar ke sana dan tak ada masalah pun. Cuma yang mula kecoh ni selepas ada pegawai. Sebabnya adalah datang ke Mesir adalah atas tujuan kembangkan pengaruh politik tetapi gunakan duit kerajaan negeri dan duit rakyat. Sebab itu saya rasa membazir ! kalau buat punggutan suara anak Melaka kat Mesir pun, rasanya majoriti tak setuju..


Kedua : saya lihat beliau cuba nak ulas isu politik pembangkang tapi dangkal. Okey le juga tapi ulas dulu politik perkauman Umno. Contohnya apa pandangan beliau apabila kerajaan BN tarik bantuan perkepita kepada sekolah - sekolah agama rakyat dulu sampai sekarang. Sedangkan kerajaan pimpinan DAP beri bantuan penuh kepada sekolah - sekolah agama di Pulau Pinang. Banyak lagi kalau saya nak contohkan. Tapi perpatah arab kata : orang bijak memadai dengan satu contoh, tapi orang bodoh seribu misal pun tak faham....

Tiada ulasan: