Pengikut

Selasa, 22 April 2008

SAMBUNGAN ISU ARTIKEL SEKULARISME ( SIRI 3 )

OLEH : USTAZ KAMARUDIN BIN HAJI SIDEK

Fahaman sesat seterusnya ialah KAPITALISME. Ia merupakan satu teori ekonomi barat yang cuba disebarkan kepada umat dan negara Islam. Cara perlaksanaanya ialah berdasarkan pemilikan tunggal dalam sektor ekonomi, orang lain tak layak. Di barat dulu dikenali sebagai sistem feudal iaitu golongan bangsawan sahaja yang memonopoli ekonomi negara, rakyat sebagai pekerja sahaja, tidak boleh memiliki harta atau saham.

Islam menganggap sistem inisatu penindasan, sepatutnya semua orang boleh memiliki harta dan tak perlu ada peraturan yang menghalang.

Kalau diperhatikan di negara kita ada mirip ke arah teori ini. Contohnya ada cubaan pemimpin Barisan Nasional menghalang penyokong pembangkang daripada mendapat projek tertentu walaupun ada kelayakan. Begitu juga dengan sistem tender tertutup akhirnya dimonopoli orang-orang yang rapat dengan golongan atasan sahaja sedangkan mereka tiada kelayakan. Maka timbullah bangunan retaksebelum digunakan, bumbung runtuh dan lain-lain.

Pengasas fahaman ini terdiri daripada ahli falsafah barat seperti Adam Smith, Devid Ricardo, Devid Hume dan lain-lain.

Kalau ada persaingan pula, golongan ini akan menggunakan kekuatan modal yang besar untuk menjatuhkan lawannya. Ini amat bertentangan dengan ajaran Islam yang menekankan konsep taa'wun ( kerjasama dan tolong-menolong ) dalam semua keadaan. Akhirnya fahaman ini akan membawa permusuhan dan perpecahan yang berpanjangan.
bersambung

Tiada ulasan: