Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Membangun bersama Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Membangun bersama Islam. Papar semua catatan

Ahad, 26 Disember 2010

ISLAM TIADA TEMPAT DI MELAKA !

Hari ini Melaka sebagai tuan rumah sambutan perayaan krimas peringkat kebangsaan yang diadakan di perkampungan portugis Ujung Pasir Melaka. Kononnya di situlah perkampungan bersejarah kerana didiami oleh saki baki orang portugis yang pernah menjajah Melaka satu ketika dahulu.
Ali Rustam dan kuncu - kuncunya begitu berbangga dapat jadi hos perayaan tersebut. Seluruh rakyat Melaka diseru datang meraihkannya seperti seruan mengerjakan haji ...... Okeylah saya tiada masaalah dalam perkara ini, kerana Malaysia dah perakui dan menghormati agama dan adat istiadat bangsa lain.
Cuma apa yang rakyat Melaka pertikaikan ialah kenapa kerajaan Melaka tak tonjolkan Melaka dengan sejarah Islamnya yang begitu indah. Pengkaji sejarah tanah air selalu mengaitkan Melaka apabila berbicara tentang perlaksanaan kanun syariah. Tetapi kerajaan negeri memandang sepi perkara ini ! Sekarang tahun 2011, bermakna genap 500 tahun kerajaan Islam Melaka ditumbangkan oleh penjajah. Kenapa kerajaan negeri tak bongkar semula sejarah yang begitu bernilai itu ? sekurang - kurangnya diseminarkan, dijadikan teks khutbah dan sebagainya. Tapi apa nak dikatakan, dah dasar pemimpin UMNO, perkara berhubung dengan agama bukan agenda utamanya....... mungkin penjajah Belanda dan Portugis dianggap berjasa kepada rakyat Melaka ? sekurang - kurangnya dapat tarik ramai pelancong.....

Isnin, 12 Januari 2009

Melaka Berpotensi Memacu Pendidikan Agama

Agak lama saya tidak berkesempatan menulis dalam blog ini kerana terlalu sibuk menguruskan sesi persekolahan 2009. Hingga saat ini masih ada lagi yang memohon mendaftar. Permintaan meningkat tapi kemampuan sekolah saya terhad.
Begitulah sepintas lalu tentang gambaran sebuah sekolah swasta SAR. Apa yang saya nak kongsi bersama kepada anda ialah di Melaka sebenarnya sudah bermula era kebangkitan pendidikan agama dikalangan masyarakatnya. Ibubapa yang saya temu duga berpendapat mereka lebih berminat sistem pendidikan ekademik yang bersaing dengan aliran agama dan bahasa arab.
Kalau setakat kejayaan PMR / SPM sahaja tidak berapa bernilai bagi mereka pada hari ini. Justeru, saya berharap pihak berwajib harus beri perhatian yang lebih terhadap perkara ini. Juga kepada anda semua saya harapkan sokongan meterial yang berterusan terhadap sekolah - sekolah swasta yang berorentasikan agama demi melahirkan masyarakat yang celik agama.