Pengikut

Memaparkan catatan dengan label sepatut Ali Rustam dah turun sebelum......... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sepatut Ali Rustam dah turun sebelum......... Papar semua catatan

Isnin, 14 Mac 2011

MELAKA PERLU BERUBAH KEPIMPINAN !

Saya ada dengar beberapa ahli Umno Melaka yang tak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri sekarang. Pertama sebab tindakan kerajaan yang suka berhutang semata - mata nak tunjukan pembangunan yang pesat, yang akhirnya bebanan kepada rakyat. Dalam kempen PRK Merlimau baru - baru ini pun apabila dibangkitkan oleh pembangkang tentang hutang kerajaan negeri, KM jawap: apa salahnya banyak berhutang untuk pembangunan !
Sebab kedua ialah banyak tindakan pentadbiran kerajaan negeri amat melampau kepada kepentingan politik, seolah - olah tak tahu nak bezakan antara parti dan kerajaan. Contohnya semasa PRK Merlimau tempoh hari, bagaimana Politeknik sebuah pusat institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi telah diguna pakai sehabis - habisnya untuk program BN, sehingga mengganggu pembelajaran pelajar terbabit. Saya dikhabarkan ramai pegawai - pegawai dalam politeknik tak berpuas hati dengan penyalahgunaan terbabit kecuali pengarah poli..... dan banyak lagi sebab - sebab kelayakan Ali Rustam wajib turun.