Pengikut

Selasa, 22 April 2008

MELAKA KINI : SOROTAN ISU SEMASA

Oleh : KBS

Santai 1
1. Saya teringat cerita sebelum PRU 12, tentang perlantikan timbalan Datuk Bandar Bandar Melaka. Setahu saya negeri yang ada Datuk Bandar tiada jawatan timbalan. Tetapi Melaka agak maju ke depan dalam sudut menghabiskan wang rakyat dan mungkin disebabkan itu Melaka dipanggil negeri bersejarah..

Santai 2
2. Apabila Jasin dinaikkan taraf Majlis Pembandaran Jasin (MPJ), penduduk Daerah Jasin tidak tahu apa yang mereka dapat manfaat. Dekat PRU baru ini adalah penduduk taman perumahan bising pasal cukai pintu naik. Saya dah agak sebab dah naik taraf ni, hasil pendapatan MPJ perlulah meningkat. Rakyat bayar ajela...teruskan sokongan anda kepada BN demi masa depan anak cucu. Ada lagi yang komen tentang lori angkut sampah daerah Jasin ada satu je...saya simpati dengan pekerja Southern West yang selalu jadi mangsa komplen orang taman..

Santai 3
3. Sebelum pilihanraya ke 12, Ali Rustam ada maklumkan di dalam akhbar 'Berita Hairan' bahawa di Melaka ada 16 Pekan mati (tak maju dan ketinggalan) termasuk Pekan Umbai, Serkam, Sg. Rambai dan lain-lain. Kerajaan janji nak majukan selepas PRU 12 tetapi sampai sekarang senyap dan tak berbunyi pun. Cuma yang saya dengar kerajaan Negeri nak beli Eye On Malaysia dengan harga RM 22juta. Nampak gayanya rakyat Melaka sekali lagi kena kelepet oleh pimpinan Barisan Nasional....Justeru harapo tunaikan, kesian rakyat masih dok menunggu...

P/S : Saya mahu respon sedikit berikut pengirim di dalam ruangan chatter box baru-baru ini yang mengatakan saya keluar PAS, tolong jangan menyamar dan buat berita palsu. Maklumkan asal usul anda. Kapal UMNO dan bocor, dacing dah patah, siapa mahu ikut....pendek umur la gayanya..Jika anda tahu, berapa no.ahli PAS dan no.ahli pemuda PAS saya ?

Tiada ulasan: