Pengikut

Khamis, 24 April 2008

MELAKA KINI : ULASAN ISU SEMASA

OLEH : KBS
1- PM umum pengstrukturan semula BPR dan akan jadikannya satu agensi yg bebas sepenuhnya amat dialu – alukan, tapi bagi rakyat saya rasa satu tindakan agak terlewat. Kenapa tak buat diawal pemerintahan Pak Lah ?. Ini semua pada pandangan saya semata – mata nak melunakkan hati rakyat yang telah menghukum BN pada PRU ke 12 yang lalu. Berapa banyak kes rasuah sebelum ini terlepas. Saya cabar UMNO supaya buka ruang seluasnya kepada BPR agar boleh bertindak kes rasuah politik dalam pemilihan agong UMNO. Sebelum ini kes rasuah dalam BN bertindak adalah badan disiplin parti, BPR tiada kuasa, sebab tu ramai terlepas.

2- Sebelum ini Hishamudian maklumkan tak akan pertahan jawatan ketua pemuda UMNO dak tak berminat nak tanding Naib Pres. Tapi hari ni ( BH 23/4/08 ) kata akan pertimbangkan jika ada pencalonan…. Jadi pemimpin UMNO susah nak ramal kalau kata nak berundur. Selang sehari dua dah tukar cakap…. Orang macam ini pun boleh jadi menteri… haprak betul.

3- Tahniah kepada Datuk Othman Mohd. Kerana dilantik sepagai speaker DUN Melaka. Beliau bekas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri. Saya tak tahu apa kelulusan beliau. Kalau dengar dia ceramah untuk pihak UMNO dulu macam orang tak sekolah, Saya pernah diganggu ceramah oleh beliau, suaranya lantang tapi isi kosong. Antara ucapannya di Jasin dulu “ Hj. Hadi jadi kafir kerana pernah berpeluk dengan orang kafir ( Lim Kit Siang ) “. Orang macam ni pun Ali Rustam boleh lantik Speaker DUN, ambillah ustaz Islam Hadhari yang pandai ceramah…… kalau PAS orang macam ni kami buang ke laut je….. Tengok Speaker Kedah Dr. Abd. Isa Ismail seorang lulusan ijazah doctor falsafah..

4- Media Malaysia ni memang tak profesional, contoh kes kehilangan adik Nor Azreen yang dibawa lari ke sebuah pulau di Indonesia 3 bulan lalu. Nor Azreen berasal dari Negeri Sembilan, kawasan Rembau dalam Dun MB negeri Sembilan, tapi tak ada usaha pihak berwajib negeri untuk bebaskannya bahkan dilakukan ialah pihak kijang care dibawah kelolaan Datuk Husam Musa Naib Presiden PAS melalui sahabat saya Adun PAS Paroi YB Taufek. Surat khabar utama tak ketengahkan pun cerita sebenar…… kalau macam ni tak payah jadi wartawan… baik jual goreng pisang lagi baik.

5- Dengar cerita pada bulan Mei akan datang kilang Qimonda yang terletak di Batu Berendam akan berpindah ke Johor. Masalahnya nasib pekerja khususnya anak Melaka macam mana? Ada yang dah berkeluarga dan dah beli rumah pening kepala dibuatnya. Sepatutnya kerajaan negeri perlu ambil perhatian ….. bukan sibuk dengan sektor pelancongan, Melaka negeri maju rakyat mengganggur. Persoalannya kenapa kilang tersebut nak berpindah? dengar cerita ada permintaannya tak ditunaikan oleh kerajaan negeri. Kalau gitu yang jadi mangsa adalah pekerja. Saya harap kerajaan Negeri perlu beri penjelasan.

6- Bila PM umumkan projek pembinaan jambatan kedua P.Pinang dibatalkan disebabkan beberapa perkara yang direka cipta, saya dah agak itulah sikap pemimpin BN dendam politik punya pasal rakyat yang jadi mangsa. Sebelum PRU 12 bukan main iklan promosi koridor utara, pantai timur demi untuk keselesaan masa depan rakyat. Tapi lepas PRU semua campak dalam laut. Tahniah …. Rakyat makin menyampah pada BN. Baru KM P.Pinang bertemu dengan PM berjanji akan teruskan laksana projek mega di negeri pembangkang selang tak berapa hari dah ubah sikap….hepokrit betul.

7- Syabas kepada Kerajaan P.Pinang kerana bersikap keterbukaan, bersedia beri jawatan penting kepada musuh politik ( UMNO dan Gerakan ) demi kepentingan rakyat. Pemimpin UMNO buka otak sikit ….. konsep Islam Hadhari buang ke laut aja le…

8- Malam Rabu 22 April baru – baru ni hujan lebat beberapa kampong dalam DUN serkam dinaiki air termasuk di Sg. Sembilang dan Bkt. Tembakau, apabila Majlis Perbandaran Jasin datang katanya : kebanyakan berpunca dari sistem perparitan yang haru biru. Projek parit ni sinonim dengan JKKK yang dimonopoli UMNO cawangan. Dah 50 tahun memerintah masalah parit tak boleh selesai, itu pun orang kampong tetap setia dengan BN yang slogannya AMAN, SELAMAT DAN SEJAHTERA hingga rumah tenggelam.

9- Ini pula kisah angkasawan kedua pula..apa dah jadi. Dah penat berlatih kerajaan batalkan pulak. Dulu bukan main dicanang sana sini, dalam kampong, Bandar,dalam negara dan luar negara. Bila keluar keputusan PRU 12 keluar,jambatan Pulau Pinang batal, projek angkasawan pun lingkup, Islam Hadhari tinggal kampong hadhari aja…..

Tiada ulasan: