Pengikut

Isnin, 7 April 2008

PENGENALAN RINGKAS FAHAMAN SEKULAR ( SIRI 1)

OLEH : USTAZ KAMARUDIN BIN HAJI SIDEK

Sekular berasal daripada bahasa latin yang bererti tiada agama. Didalam bahasa arab disebut Al Ilmaniah. Ideologi ini berasal daropada perbalahan yang berlaku antara pemimpin barat dengan golongan gereja yang mengongkong kuasa pemerintahan negara dan sikap paderi yang memusuhi ilmu yang tidak bersumberkan dari gereja.

Ajaran ini mula bertapak semaa revolusi perancis abad ke 17 dan antara tokoh yang telah menghidupkan fahaman ini seperti Dikart, Spinuza,Ruso dan lain-lain. Antara ajaran mereka ialah :

1. Menolak agama (Allah) dalam urusan duniawi
2. Teori Sains / Logik diutamakan mengatasi teori agama
3. ilmu kerohanian penghalang kemajuan duniawi (cthnya : golongan agamawan tidak boleh memegang tampuk pemerintahan negara.
4. Memisahkan agama dengan pemerintahan.

Kesimpulan :

Fahaman Sekular ini adalah masalah kekecohan dalaman agama keristian / yahudi dan tiada kaitan dengan agama Islam. Persoalannya, kenapa pemimpin-pemimpin UMNO gemar untuk menanamkan fahaman ini kepada orang melayu Islam dan apabila diperbincangkan hal politik, ada antara kita yang mengatakan "saya tak nak campur .... dalam Islam tiada politik "Akhirnya, urusan memimpin negara diserahkan kepada orang yang jahil, perasuah, pemecah amanah dan sebagainya manakala golongan agamawan yang cerdik pandai dan baik akhlak duduk di bawah akur setia kepada manusia yang tidak bermaruah dan tiada bermoral

bersambung ...

Tiada ulasan: