Pengikut

Sabtu, 12 April 2008

ULASAN RINGKAS ISU SEMASA

Santai 1 :
Apabila Ali Rustam membuat pengakuan ingin mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO pada Disember depan, saya terfikir apa kekuatan dan ketokohan beliau untuk terus berada disitu. Kemenangannya sebelum ini masih ahli UMNO curigai, tak tahulah jika badan disiplin UMNO longgar dan haprak.

Dengar cerita nak kuatkan disiplin, politik wang dah tukar nama rasuah politik. Kalau tukar body tapi enjin lama macam tu juga...Semua Naib Presiden UMNO biasanya jadi menteri pusat tapi Ali Rustam masih kekal di Melaka. Mungkin takut dengan bayang-bayang sendiri atau PM tak yakin dengan kewibawaan Ali... Nak kata cemerlang sangat kepimpinannya tak boleh nak cakap...Negeri tak besar, rakyat tak sampai sejuta tapi berhutang lebih 1 bilion. Prestasi UMNO dalam PRU yang lepas pun teruk walaupun dapat mandat memerintah semula tapi UMNO Melaka yang dapat mandat ke pusat cuma 2 orang sahaja itupun timbalan menteri, tak ada menteri penuh berbanding Negeri Sembilan ada juga menteri penuh. Harap perwakilan UMNO fikirkan le....

Santai 2 :
Perkembangan terbaru daripada Kerajaan PAS Kedah : elaun guru SAR dinaikkan mengikut taraf kelulusan. Negeri yang masih dibawah tempurung BN biar muka mata sikit, geran perkepita SAR tolong beri semula, buat apa musuh dengan institusi agama.

Terutama Melaka, dengan pelajar PASTI pun nak bergaduh. Jangan duk berasa negeri baik sangat, pi nengok negeri lain lebih baik urus harta untuk rakyat, ni duk pi buat Menara Taming Sari RM 23 juta untuk pelancong, rakyat Melaka dapat apa..

Santai 3:
Terkenang nasib orang melayu pada PRU 12 yaqng lalu, langsung tak berubah selepas menganut ajaran Islam Hadhari, bangsa lain dah jauh berubah...Ceritanya di Dun Linggi yang menggemparkan negara sebelum PRU baru-baru ini..Kisah penternakan babi di Paya Mengkuang dan Sungai Tuang yang penduduknya majoriti cina. Pada PRU ke 12 peti undi tersebut PAS menang tapi peti undi majoriti orang melayu PAS kalah..nasib baik babi tak boleh mengundi kalau tak....babi disitu lebih 100 ribu...lebih ramai daripada pengundi dalam DUN Linggi dan Tanjung Bidara

Santai 4 :
Masa depan politik UMNO semakin meruncing. Apabila MT UMNO mengumumkan tahun ini sesi pemilihan disemua peringkat perlu diadakan. Persoalannya ahli UMNO ni jenis lebih berminat dengan memperkasakan parti atau tumpu rebut jawatan yang dah 2 kali tertangguh ? Dalam situasi sekarang, Pak Lah dah hilang taring, Khairy dari seekor harimau dah jadi tikus...gerak gempur pemudanya dah lumpuh, apa lagi, inilah peluang yang lain nak cantas mencantas atas nama demi memperbaiki UMNO dan memperkasakannya.

Khir Toyo dan Mukhriz dah tawar diri untuk jawapan Ketua Pemuda tanpa hiraukan masa depan Khairy sebagai Naib Ketua. Nampaknya menantu Pak Lah tu tak merasa le cium keris sakti....

Tiada ulasan: