Pengikut

Jumaat, 2 Mei 2008

SAMBUNGAN ISU ARTIKEL SEKULARISME ( SIRI 4 )

OLEH : USTAZ KAMARUDIN BIN HAJI SIDEK


Komunisme adalah fahaman yang berkaitan dengan ekonomi, politik dan kemasyarakatan. Nilaian fahaman ini adalah berdasarkan kebendaan semata – mata. Pengasas fahaman ini ialah seorang Yahudi Jerman bernama Karl Marks. kemudian diterjemahkan oleh Lanin dalam bentuk pemerintah setelah memimpin revolusi komunis di Rusia seterusnya diikuti oleh Stalin. Di negara China fahaman ini dipimpin oleh Mao Zi Thong. Antara dasar kefahaman Komunis ialah :

1. Tidak percaya kepada tuhan dan benda ghaib seperti Malaikat, jin dll.
2. Menentang pemilikan harta secara perseorangan.
3. Membentuk pemikiran rakyat supaya mengabdikan diri kepada negara semata – mata.
4. Tidak percaya kepada akhirat.

Kesimpulan : Fahaman ini merupakan satu teori ciptaan manusia yang amat bertentangan dengan Islam khususnya dalam kepercayaan tentang kewujudan tuhan. Oleh kerana asas fahaman ini yang tidak kukuh, akhirnya ia ditolak oleh penganutnya sendiri. Ini terbukti dengan kejatuhan pakatan Soviet Union satu ketika dulu.

Tiada ulasan: