Pengikut

Jumaat, 2 Mei 2008

MELAKA KINI : ULASAN ISU

OLEH : KBS

1. Arahan kerajaan meminta semua pemilik kereta supaya memasang tali pinggang keledar di bahagian penumpang belakang dalam masa 3 bulan.dulu semua motorsikal perlu pasang lampu waktu siang dan malam apa kesan pada rakyat? Arahan terbaru pula disaat rakyat sedang menghadapi kenaikan harga barang melampau, ini anugerah kerajaan yang bijak? Yuran sekolah dimansuhkan RM4.80 setahun, disedut duit rakyat dengan diwajibkan beli tali pinggang keledar hampir RM100. Esok tukar menteri pengangkutan baru, perkenalkan peraturan baru pula.

2. Apabila kerajaan baru Selangor isytiharkan akan mengambil dan mengurus semula sekolah agama rakyat ( SAR ) dari kerajaan pusat, saya teringat apa hal kerajaan Melaka yang serahkan habis pengurusan SAR bawah JAIM dulunya kepada kerajaan pusat. Kononnya tak mampu urus kos pentadbiran dan demi masa depan SAR. Tapi kalau untuk projek pelancongan kenapa kerajaan negeri sanggup biayai? Menara Taming Sari RM23 juta lulus. Saya nak beri tahu rakyat Melaka Ali Rustam dan koncu – koncunya memang tak minat dengan usaha membela agama. Baru – baru ni pun elaun guru KAFA pun ditarik balik, cikgu nak kahwin pun tak jadi….. gaji dah kurang……

3. Hishamudin mohon maaf kepada non- muslim kerana acara cium keris dalam perhimpunan agung UMNO menyebabkan mereka tolak BN pada PRU ke 12.kalau UMNO rasa begitu, saya rasa baik buang aja gambar keris dalam bendera UMNO kerana itu juga boleh katakan lambang perkauman dan keganasan. Mana ada parti guna lambang senjata, tak pratikal langsung. Tapi nak beritahu punca kekalahan UMNO bukan pasal isu keris berkarat tu, sebenarnya rakyat dah muak dengan penyelewengan, penindasan dan korupsi yang dilakukan selama ini. Hishamudin jangan cuba bawa cerita lain pula.Dulu cium keris kenapa menang BN besar ……..

4. Apabila BPR membersihkan Datuk Azalina Othman daripada dakwaan salahguna dana sebuah Yayasan ( WSFFM ) RM1.4 juta sedangkan ketika itu dia sebagai penaung. rakyat lihat cadangan PM ingin memberi kebebasan sepenuhnya kepada BPR sebagai slogan kosong. Azalina pun buat muka sardin macam tak de dosa. Kalau di Jepun dan Korea dah lama penaung macam ni letak jawatan walaupun tak salah tapi nama dah tercemar…. inilah modal insan ala Islam Hadhari……

5. Persidangan Parlimen pada hari pertama 30 April kecoh dengan pertikaman lidah. Speaker baru tak terkawal kaadaan. Menteri peneranagan ambil sikap kaji semula siaran langsung selama setengah jam.

komen : saya tengok menteri berkenaan mudah melatah dengan keadaan yang biasa berlaku dalam Parlimen. bukan MP pembangkang yang bermasaalah sangat tapi MP BN. Saya rasa macam dah dirancang supaya peluang siaran langsung dihentikan. Kononnya telatah buruk ahli perlimen tak baik dipertontonkan kepada rakyat. Habis macam mana dengan konsert artis berperangai dan berpakaian tak senonoh boleh ditayangkan secara langsung hingga selesai ???

6. Bila KM Melaka merayu kepada kerajaan pusat supaya memberi bantuan sebanyak RM100 juta untuk mengatasi banjir di Melaka, saya rasa KM Melaka bertindak pantas demi rakyat tapi tak bijak kerana sikap suka mengharap bantuan luar. Di mana peruntukan budjet kerajaan negeri dan peruntukan RMK ke 9 yang berbilion ringgit ? banjir bukan perkara baru di Melaka, sebelum ni pun berlaku banjir, sepatutnya kerajaan negeri mesti budjet tambahan lebih kepada Jabatan perancangan bandar dan desa bukan jabatan ketua menteri atau jabatan TYT.

7. Kenyataan terbuka mufti Perlis melarang Konsert Jom Heboh yang menampilkan artis bermasalah Faizal Tahir amat dialu – alukan. Biar pihak penganjur TV 3 sedar diri sikit jangan pakai angkut aja artis tak bermoral berlori – lori mengelilingi negara, tak ada apa faedah pun untuk pembangunan insan. Saya harap kenyataan seperti ini biarlah diselaraskan seluruh negara, macam pengumuman anak bulan

Tiada ulasan: