Pengikut

Isnin, 30 Jun 2008

ISU DALAM SEMINGGU...

OLEH : KBS

1)Isu SIASAH SYARIAH perlu dilaksanakan di negeri pemerintahan PR, panas minggu lepas…Dewan pemuda PAS dikritik oleh mereka yang tak faham.....kalau tak diperjelaskan, mungkin boleh retak hubungan Pakatan Rakyat.

Ahli DAP dan PKR serta semua rakyat Malaysia perlu faham apa bezanya dengan Undang – undang syariah. Siasah Syariah adalah merupakan satu pendekatan yang bijaksana dan terbaik khususnya dalam pentadbiran kerajaan yang mempunyai nilai kemaslahatan masyarakat terbanyak selagi ia masih dalam perkara yang diharuskan oleh syarak. Oleh kerana hukum fikh tidak bersifat jumud tapi fleksible maka ia boleh disesuaikan dalam semua keadaan.

Seperti seseorang wanita muslim diharuskan membuka auratnya kepada doktor lelaki ketika rawatan sekiranya tidak didapati doktor wanita kerana selamatkan nyawa lebih utama. Saidina Umar dizaman pemerintahannya pernah menangguhkan hukuman potong tangan ( hudud ) kepada pencuri kerana ketika itu suasana kemarau panjang makanan susah untuk diperolehi, jadi terpaksa mencuri demi selamatkan nyawa.... ada pun undang – undang syariah merupakan satu peraturan yang dilaksanakan atau dikuat kuasakan oleh sesebuah kerajaan dalam sistem pentadbirannya, itu le yang ingin diperjuangkan oleh PAS. Tetapi dalam konteks senario politik semasa PAS berada dalam PR berkongsi kerajaan negeri, kita Cuma mengutarakan konsep siasah syariah saja kerana menghormati rakan – rakan parti lain yang masih belum boleh menerima perlaksanaan undang – undang syariah.

2)Apabila keluar isu KM Melaka disaman fitnah RM10 juta oleh bekas pegawai eksekutif Hospital southern Abd. Hamid Mustapah minggu lepas. Sebenarnya itu memang perangai buruk dia sebelum ini suka memfitnah bukan dengan musuh politik dia aja bahkan dengan sesama UMNO pun jadi.....tapi bila bercakap depan orang kampung, katanya pembangkang tak ada kerja lain cuma suka memfitnah sahaja....

Seperti yang dimaklumkan oleh Abd. Hamid juga dalam SIASAH, ramai lagi pegawai agensi kerajaan negeri yang senasib dengannya tapi takut tampil kehadapan.... maklumlah nak lawan KM.....

Saya menyeru sesiapa yang menjadi mangsa fitnah KM supaya berani bela maruah diri, jangan nanti tukar kerajaan PR..... Kami banyak kerja nak selesaikan ..nak tangkap jerung yang dah buncit perut makan rasuah....PAS Melaka akan beri sokongan kepada anda..... berapa lama kita nak diperbodohkan dan ditindas.....

3)Isu wakil rakyat pembangkang Perak ( BN ) keluar dewan kerana tak puas hati dengan sikap speaker kononnya.

Saya setuju dengan sikap speaker, ini simbolik kepada wakil BN rasa sikit dosa lampau mereka. Dulu selalunya wakil kita yang kerap keluar dewan atas sikap mereka, dan dikata macam – macam....hari ni biar mereka rasa pula nasib jadi pembangkang.....kalau keluar tiap – tiap hari pun taka pa.. memang jenis malas ke sekolah.....dunia lagi dah terhina.....

Tiada ulasan: