Pengikut

Isnin, 7 Julai 2008

KETUA PEMUDA PAS MELAKA PERSOAL DOA SELEPAS KHUTBAH

BUKIT KATIL - Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia, Kamarudin Sidek semalam menegur khatib-khatib di negeri ini supaya mengelakkan isu-isu yang tidak berkaitan sebaliknya fokus kepada masalah setempat semasa membaca khutbah jumaat.

Kamarudin seterusnya menyeru Pejabat Agama Islam Melaka membuat penjenamaan semula teks-teks khutbah sebelum dibacakan kepada jemaah untuk mengelakkan ia turut mengandungi isu-isu yang tidak perlu sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada para jemaah.


"Seharusnya mereka perlu fokus kepada masalah sosial dan kemasyarakatan setempat dari menyentuh perkara tidak sepatutnya" katanya yang mengakui menerima rungutan daripada jemaah-jemaah yang kurang senang sengan khutbah solat jumaat yang dibacakan khatib-khatib negeri ini.

Katanya, khutbah seharusnya tertumpu kepada perkara-perkara yang lebih 'segar' dan menyentuh rakyat dan keadaan semasa.

Selain itu, Kamarudin juga mempersoalkan bacaan doa terhadap Yang diPertua Negeri (TYT) Tun Mohd Khalil Yaakob yang mula dibacakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 yang lalu.

"Selama ini doa hanya menyebut Agong sahaja dan tidak menyebut Sulotan atau TYT negeri, tetapi selepas PRU lalu nam,a TYT mula disebut dalam doa dan ini boleh menimbulkan rasa kurang senang di kalangan negeri.

"Jika doa mula dibuka kepada individu tertentu selepas ini, dibimbangi ia juga dibuka kepada orang lain seperti Ketua Menteri dan sebagainya sedangkan doa ini khas untuk seluruh umat Islam bukan hanya untuk orang-orang tertentu sahaja" katanya kepada Sinar Harian semalam.

Jesteru, beliau meminta Pejabat Agama Islam Melaka memberikan penjelasan perkara iniapatah lagi kejadian ini berlaku selepas PRU baru-baru ini dan bukannya sebelum ini.

"Harap pihak pejabat Agama boleh mengkaji semula doa solat Jumaat ini dan memberi penjelasan terhadap perkara tersebut," katanya.

Sinar Harian , 3 Julai 2008, MNS2

Tiada ulasan: