Pengikut

Khamis, 24 Julai 2008

ISU SEMASA : MELAKA DALAM SEMINGGU

Oleh : KBS

Sedikit Ulasan Isu Penangkapan Anwar Ibrahim

Penahanan terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim tengahari 16 julai tak sampai 24 jam setelah beliau muncul diTV 9 dalam debat.

Pukul 6 petang 16 Julai, wartawan SINAR call saya minta beri ulasan. Saya kata ini tangkapan politik oleh musuh politiknya yang menggunakan pihak polis. Saya beri andaian kemungkinan ditahan ISA kerana tindakan Anuar dianggap menjejaskan keselamatan negara dan masa depan TPM. Itu bacaan politik saya…. Keduanya apa rasionalnya nak tahan Anuar seorang tapi guna 20 kereta polis UTK bertoping serta beberapa buah motor polis ? Ketiga, apa rasionalnya Anuar ditelanjangkan untuk ujian DNA tapi Saiful Bahri tak ditelanjangkan? Ini semua kerja gila – gila yang diarahkan oleh orang yang gila semata – mata berniat nak mengaibkan orang.... Itulah namanya ISLAM HADHARI AL BADAWI..

Respon dari YB Ghazale Muhamad

Saya menunggu respon dari pihak MAIM berhubung kenyataan saya dalam akhbar SINAR pada 3 Julai 08 tentang bacaan doa untuk TYT Melaka ketika khutbah Jumaat, pada 18 Julai 08 baru dijawab oleh timbalan pengerusi MAIM yang juga lawan saya di DUN Serkam pada PRU 12 lalu. Lebih kurang 2 minggu baru mampu jawap soalan saya. Bagaimana pun saya ucap terima kasih walaupun jawapannya tak tepat dengan keraguan yang saya bangkitkan. Saya bukan Tanya apa hukum bacaan doa tersebut. Itu saya pun tahu. Yang saya Tanya apa rasionalnya doa tersebut dibaca? dan kenapa ia baru mula dibaca lepas PRU 12? Jawapan yang diberi kerena negeri lain pun ada baca untuk sultan serta hukumnya harus kita doakan untuk orang Islam. Saya nak beri penjelasan, negeri yang ada sultan mereka doa untuk sultan kerana urusan agama negeri di bawah kuasa sultan, adapun negeri yang tak ada sultan ( Melaka, P.Pinang ) urusan agama negeri terletak di bawah Yang Dipertuan Agong, sebab tu sebelum ni Melaka Cuma doa untuk Agong sahaja. Kedua, Ya kita harus doa untuk semua muslimin, bahkan ia merupakan satu rukun khutbah jumaat, doa itu dibaca semua khatib, jadi termasuk TYT sekali, hapis apa doa khusus untuk dia lagi kalau dia Islam..... esok KM pula minta sebut nama dia.... exco lagi.... sudah habis masa sebut nama orang aja tak payah baca khutbah. Matlamat khutbah beri peringatan kapad jemaah bukan untuk doa yang bukan – bukan.....

Tiada ulasan: