Pengikut

Rabu, 30 Julai 2008

Ulasan Isu Terkini

1) Isu muzakarah PAS – UMNO

Kenapa pemimpin Umno beria – ia sangat nak dilaksanakan dan pemimpin Pas sorong tali tarik tali…… Banyak hikmahnya :

- keuntungan perspektif UMNO :

1 nak sambung tali hayat untuk terus bernyawa dalam politik tanah air.
2 nak kembalikan semula keyakinan orang melayu Islam…
3 nak alihkan perhatian rakyat isu dalaman Umno, Altantuya, Najib, Rosmah…
4 nak satukan Umno semula di atas kealpaan Pas.
5 nak kendurkan kekuatan pakatan Rakyat.
6 nak uji keterbukaan Pas.

- keuntungan perspektif PAS :

1 nak tunjuk keterbukaan Pas.
2 nak uji kesetiaan Umno.
3 nak tunjuk harga dan nilai Pas disisi PR dan umno.
4 nak lihat walak ahli Pas kepada pemimpin.
5 nak perlihatkan Pas boleh hidup dalam semua suasana.
6 menyerlahkan Pas bermusuh ada hadnya.

2) Ali Rustam telah umumkan pada 25 Julai lalu, bahawa (MoU) telah dimeterai antara pihak UKM dan Perbadanan Bioteknologi melaka ( PBM ) untuk mewujudkan makmal penyelidikan kerosakan DNA di Air Keroh bernialai RM4.2 juta yang dijangka siap Oktober ini.

komen : bagus juga tu, tapi kaji dulu sejauh mana keperluannya, pasal saya risau KM ni jenis tak fikir panjang dia nak Melaka ni segala – galanya bermula berhutang cerita lain. Setahu saya pakar Forensik pun dalam Malaysia hanya ada 20 orang aja, itu pun tak semua hospital yang ada kerana kerajaan pusat fikir tak ada keperluan mendesak…..

- keduanya, kalau KM prihatian sangat dengan sektor kesihatan, kenapa tahun lepas bila seorang doktor cina menemui satu virus di kg. Bertam yang merupakan pertama di dunia dan dinamakan VIRUS MELAKA, KM bukan marah lagi dan suruh tukar nama lain, sedangkan kalau dilihat lebih untungkan kerajaan negeri kerana kemungkinan akan diwujudkan pusat penyelidikan serantau dan pakar dari negara lain akan bertandang ke Melaka……. serta diiktiraf oleh WHO….

3 ) Sempena musim pemilihan Umno disemua peringkat, saya harapkan ahli Umno bijak dan berani memilih pucuk pimpinan, jangan ikut tradisi lama semua “ yes men “. Rakyat dah mula berubah….cari le Umno yang bijak pandai dan cenderong pada agama. Tan Sri Sanusi Joned berkata : orang bodoh ada sekolah nak beri pandai, tapi orang penakut tak ada sekolah nak beri berani…. “.Cerita pemilihan Umno di Melaka macam tu le nampaknya. Walaupun ramai ahli Umno sebelum ni benci kat Ali Rustam tapi bila pemilihan nampak KM macam maalaikat maut semua sokong sebulat suara tanpa belah bagi takut pendek umur….. sebab tu bahagian Bukit. Katil Ali Rustam menang tanpa bertanding……. Kota Melaka tak tahu cerita…. Dengar khabar penjenayah rasuah Umno Datuk Amid Nordin nak cuba nasib, gitu juga Rahim Tamby Chik yang terpalit kisah sapu anak dara melayu umur 14 tahun dulu... lebih teruk kes liwat DS Anwar....... kesimpulannya Umno ni ketandusan pemimpin, jadi yang mana ada ambil aje le.... kaki rasuah pun boleh yang penting melayu ...... Syabas UMNO Melaka.

Tiada ulasan: