Pengikut

Isnin, 29 September 2008

PERUTUSAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS N. MELAKA

Assalamualaikum wrbt, dan salam sejahtera.
Saya merafa'kan kesyukuran kehadrat Allah swt dengan limpah kurnianya kita sekali lagi dapat bertemu dengan Idul fitri al mubarak setelah selesai kita menjalani sebulan ibadat puasa yang begitu mencabar. Mudah - mudahan madrasah Ramadhan yang kita lalui menjadikan kita orang - orang yan g bertakwa seperti mana yang dikehendaki oleh Allah swt. Sesuai dengan laungan takbir bagaikan satu simbolik tanda kemenangan kita menewaskan nafsu serakah dan syaitan yang dilaknati. Justeru, marilah kita gunakan kekuatan dan semangat Ramadhan tersebut untuk mengorak langkah menerjah musuh yang bertuhankan nafsu. Tiada ertinya insan yang berpuasa kembali semula menurut runtunan nafsu dan syaitan.
Saya mengharapkan agar Kita jangan lalai dan alpa dek kemeriahan hariraya dengan meminggirkan perasaan insaf terhadap saudara seagama diserata dunia, Afghanistan, Iraq, Khasmir, Dahfur, Palastine dan lainnya yang sinonim rakyatnya dengan pembunuhan, kebuluran dan kemiskinan. Mereka berhariraya tanpa perasaan gembira. Nasib mereka tidak dibela walau pun saudara seagama diserata dunia. Pemimpin negara umat Islam sibuk menghitung harta, memakmurkan ekonomi dan mencipta mahligai kemegahan. Saudara seagama dianggap bukan tanggung jawab bersama. Musuh besar Amerika semakin bermaharaja lela meratah umat. Justeru, berdoalah kita kepada Allah swt. agar mereka dibebaskan dari bencana tersebut. tidak ketinggalan juga saudara - saudara kita yang masih ditahan dibawah akta zalim ISA, diharapkan kita dapat menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa.
Dikesempatan hari yang mulia ini, saya mewakili barisan exco Dewan pemuda PAS Negeri Melaka mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI WA KULLU 'AMIN WA ANTUM BIL KHIAR, juga memohon kemaafan di atas kesilapan yang dilakukan. Mudah - mudahan hari raya kali ini diberkati dan begitu bermakna buat kita semua.
Sekian wassalam.....
Takbir! Takbir! Takbir!

Tiada ulasan: