Pengikut

Jumaat, 3 Oktober 2008

BILA HINDRAF BUAT KACAU DI PWTC

Tiba - tiba pada hari raya pertama PM dan menteri - menteri kabinet jadi kaku dalam kemeriahan majlis hari raya aidil fitri kerana puak hindraf datang raya bawa sepanduk tuntut bebaskan pemimpin mereka dari ISA. Sepatutnya semua isteri - isteri serta keluarga mangsa ISA pun turut serta. Maklumlah itulah masa yang mudah untuk jumpa PM dan TPM. Kemudian dalam media perdana dirakam pandangan pemimpin Umno yang penuh dengan kritikan tajam dan ada yang syorkan ditahan ISA iaitu pandangan pemimpin GPMS yang bercakap guna lutut tak pakai otak. Benda macam tu pun nak tahan ISA... saya bukan nak pertahankan Hindraf, tapi cuba fikir bila masa PM bersedia nak dengar rintihan mereka? mungkin sebelum ini mereka dah beberapa kali cuba berbuat sedemikian tetapi gagal. Jadi kejadian tempoh hari sebenarnya hasil daripada sikap PM sendiri. Maka telanlah, walaupun malu dihadapan diplomat asing, sekurang - kurangnya mereka tahu akta zalim ISA menyeksa rakyat ......yang peliknya ada komen - komen menteri, peristiwa ini ada dalang yang atur. Saya rasa ini tuduhan jahat tanpa bukti. baru minta maaf dah buat dosa balik......

Tiada ulasan: