Pengikut

Rabu, 15 Oktober 2008

MINYAK: NAIK CEPAT TURUN LAMBAT

Hari ini kerajaan umumkan minyak turun 15 sen lagi. Sebelum ini turun 10 sen iaitu pada hari raya baru - baru ini. Kerajaan kata hadiah untuk rakyat kerana ini datangnya daripada kerajaan yang prihatin. rakyat perlu bersyukur. Bila saya tanya orang kampung mereka kata masa nak naikkan harga minyak dulu menteri mesyuarat dua jam aja selesai tapi bila nak turunkan harga minyak dua bulan baru dapat keputusan, itu pun tutun sikit - sikit.

Kalau naikkan harga sampai 70 hingga 80 sen sekali gus. Sebab itu rakyat tak rasa apa pun turun 15 sen. Masa nak naik dulu kata harga minyak global mencicah setong lebih USD100. Sekarang harga pasaran dunia dah turun USD77 setong, tapi tak boleh turun banyak kerana kerajaan nak tengok pelbagai aspek ekonomi pula..... kaki auta betul.

Tiada ulasan: