Pengikut

Jumaat, 17 Oktober 2008

Hindraf Silap, kerajaan pun silap.

Apabila kementrian dalam negeri mengisytiharkan pertubuhan Hindraf sebagai satu pertubuhan haram, saya lihat ini satu tindakan yang sangat silap. Sebabnya ialah rakyat melihat keputusan ini dibuat apabila kumpulan tersebut buat kecoh dalam majlis hariraya menteri baru - baru ini. Perkara ini orang nampak remeh, semasa Hindraf buat demontrasi besar besaran dulu kerajaan tak ambil tindakan keras. Saya rasa pengharaman ini tak sesuai dengan bukti semasa yang kerajaan hujahkan.

Nampaknya sentimen masyarakat India terhadap BN lagi tinggi grafnya. Datuk Seri Samy Velu mungkin terkilan kerana usaha memujuk orang India akan terbantut.

Hindraf pun agak tersilap langkah kerana kehadirannya dengan berpakaian seragam Hindraf dan sedikit kekecohan yang dilakukan telah dijadikan senjata tajam oleh kerajaan untuk mengharamkannya. Suasana hari raya memang sensitiv kemeriahan agak tinggi, walau pun kecil tetapi dianggap besar. kalau Hindraf tunggu Pak Lah dalam majlis lain mungkin tak jadi begini. Jadi nampaknya dua - dua tak berapa bijak ambil tindakan.

Tiada ulasan: