Pengikut

Jumaat, 24 Oktober 2008

Usul Wanita Jasin Mengecewakan

Saya merujuk kepada usul yang diputuskan oleh mesyuarat agong wanita Umno Bahagian Jasin pada 18 / 10 / 08 tempoh hari, iaitu mendesak kerajaan agar meneruskan sistem pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris dengan hujjah bahawa pihak kerajaan telah banyak menghabiskan wang sejak tahun 2003 ke arah tersebut.
Apa yang saya lihat bahawa wanita Umno Jasin tidak mengkaji terlebih dahulu sebelum dibahas dan diputuskan usul tersebut. Dasar ini sebenarnya telah mendapat tentangan oleh seluruh pakar akedemik dan cendikiawan melayu hatta Umno negeri Johor pada tahun lepas telah mengadakan satu konvensyen tentang perkara ini dan membuat resolusi mendesak kerajaan agar mengkaji semula sistem pendidikan tersebut. Persoalannya sekarang bukan persoalan duit tetapi persoalan hala tuju dan kedudukan bahasa melayu yang makin terhakis.
Wanita Umno Jasin tidak melihat sejarah tokoh - tokoh sarjana melayu yang berjuang memertabatkn bahasa ibunda. Laporan Razak 1965 dibuat untuk pertahankan bahasa melayu setelah penjajah meyisirkannya. Kemudian diwujudkan Laporan Penyemak Rahman Talib tahun 1960 untuk memperkukuhkan lagi. Tahun 1961 kerajaan bentuk akta pelajaran dan kemuncaknya 1970 lahirlah UKM yang menobatkan bahasa melayu sebagai bahasa utama.
Pada tahun lalu juga lebih 200 NGO melayu berseminar di Johor mendesak kerajaan kembalikan sistem pembelajaran mate dan sain dalam bahasa melayu. Justeru usul yang dibawa oleh wanita Umno Jasin ini amat mengecewakan orang - orang melayu khususnya para guru terbabit yang agak tertekan dengan sistem tersebut.

Tiada ulasan: