Pengikut

Ahad, 7 Disember 2008

Dato Ma'mor Berpandangan Yang Tak Makmur

Setelah membaca dan meneliti temu bual wakil Harakah dan Dato Ma'mor selaku pengerusi PPIM dan juru cakap PEWARIS dalam isu sikap menyokongnya terhadap perlu dikekalkan ISA di Malaysia, saya amat terkilan beliau berhujjah diatas logikal semata - mata tanpa melihat dari prespektif agama.
Kita tahu Islam merupakan satu agama yang berlaku adil kepada semua manusia, tidak kira apa agama sesaorang. Sebab itu Islam merupakan satu agama yang membawa rahmat sekelian alam. Beliau banyak memperkatakan dari sudut kemelayuaan. Sedangkan Islam berintraksi melangkaui bangsa. Apakah kebenaran ISA menahan sesaorang tanpa perlu dibicarakan? Sabda Nabi saw. : Bagi yang menuduh tunjukan bukti, dan yang dituduh perlu bersumpah. Kalau beliau nak bercakap untuk bangunkan ekonomi umat Islam, adakah beliau terfikir nasib keluarga mangsa ISA yang hidup merempat tanpa pembelaan dari pihak kerajaan?
Keperitan hidup mereka sukar beliau fahami kecuali kalau beliau sendiri berada dalam tahanan ISA. Apa pandangan beliau pula terhadap tahanan ISA yang ditelanjangkan ..... adakah ini budaya melayu? Saya syorkan agar dato ma'mor perlu buat kajian terhadap kesilapan ISA terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan.... dan kenapa pula baru sekarang baru beliau bercakap tentang ISA ? setelah sekian lama ia berjalan ?

Tiada ulasan: