Pengikut

Jumaat, 19 Disember 2008

Akhirnya Ali Rustam Kecundang.

Semalam isu penyerahan pengurusan air Melaka yang merupakan satu eset utama rakyat negeri Melaka telah diserahkan dan dilelong kepada kerajaan persekutuan. Ia adalah jalan mudah dan pemikiran singkat kerajaan negeri di bawah pimpinan Ali Rustam tanpa diperbincangkan dalam sidang DUN. Pandai buat hutang tapi tak tahu nak bayar....
Sekian lama BN mendakwa melaksanakan pengurusan yang cekap, rupa - rupanya Kerajaan negeri Melaka telah berhutang sebanyak RM770 juta dalam pengurusan air negeri. Begitulah juga dengan mudahnya Kerajaan BN Melaka menyerahkan sekolah rendah dan menengah ( Arab ) JAIM kepada YAPIM pada tahun lalu dengan hujjah tidak mampu tampung kos pengurusan. Tapi untuk buat menara taming sari bernilai RM24 juta segera diluluskan untuk kemudahan pelancong, RM600 ribu bina makam pahlawan lulus. Inilah namanya pemimpin yang korap, tiada kribiliti, tiada wawasan dan primitif...... yang peliknya rekod kepimpinan yang buruk tapi berhasrat nak rebut jawatan timbalan presiden Umno.......

Tiada ulasan: