Pengikut

Khamis, 25 Disember 2008

Projek Jambatan Air Mata Rakyat.

Pengerusi DMDI Datuk Seri Ali Rustam mendesak lagi kepada kerajaan pusat agar dapat merialisasikan hasrat beliau untuk membina jambatan Melaka - Jambi sejaug 53 km merentasi selat Melaka yang bernilai RM35 bilion.
Ketua Menteri Melaka seperti diketahui umum, bernafsu besar dalam sektor memajukan industri pelancongan. Beliau sanggup gadai kepentingan rakyat negeri Melaka khususnya orang melayu demi masa depan pelancong seperti bangunan Mara di bandar Melaka yang diruntuhkan menyebabkan peniaga Melayu bertempiaran mencari tapak baru untuk terus berniaga.....
Kalau dilihat rekod pentadbiran beliau, kerajaan persekutuan patut sekat dana kerajaan Melaka sehinggalah ada perkembangan yang positif. Lihat bagaimana baru - baru ini Pengurusan air Melaka diwartakan berhutang RM770 juta tidak termasuk hutang negeri kepada pusat melebihi RM1 bilion. Kerajaan negeri di bawah Ali Rustam tidak ada mekanisme untuk melangsai atau mengurangkan indeks hutang tersebut. Sekarang nak RM35 bilion lagi semata - mata untuk pelancongan tetapi bertopengkan untuk rumpun melayu

Tiada ulasan: