Pengikut

Isnin, 23 Februari 2009

Ali Rustam ingin menipu lagi........

Bulan lepas saya kritik melalui akhbar SINAR berhubung pembohongan kenyataan akhbar tim. pengerusi MAIM yang mendakwa elaun guru KAFA lebih seribu ringgit. Kemudian beliau balas kata orang tersilap faham. Sebenarnya dia yang silap. Memang dasar pemimpin Umno menganggap dirinya maksum.
Kali ini saya nak kritik kenyataan KM Melaka semasa lawatan beliau ke timur Tengah bahawa kerajaan Melaka akan membeli satu bangunan 9 tingkat berniali RM16 juta untuk tempatkan pelajar anak Melaka di Mesir.
Bagi saya untuk kebaikan penuntut kita disana tu baguslah. Tapi janji macam KM ni boleh percaya ke ? Pertama nilai RM16 juta perlu telus. Kedua saya difahamkan persatuan anak Melaka ( BKKIM) di sana mereka tidak disalurkan peruntukan geran sebanyak RM6 ribu setahun semenjak tahun 2002 menyebabkan anak Melaka ketinggalan dalam melaksanakan program musim cuti dan terpaksa buat pungutan derma apabila pulang bercuti. Ini tiba - tiba dah umum nak beli bangunan..... porah....... saya pernah belajar di Mesir, saya tahu apa cerita sebenar....

Tiada ulasan: