Pengikut

Ahad, 29 November 2009

KEDAH YANG AMAN ..........

Saya baru balik dari Kroh, Perak kerana berhari raya di kampung isteri. Kebetulan kampungnya bersebelahan dengan Daerah baling, kedah. Dah jadi kebiasaan saya gemar minum pagi di pekan Baling. Apa yang menarik perhatian saya ialah walaupun kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS dah hampir setahun memerintah Kedah tetapi gambar mantan MB lama ( Mahadzir Khalid ) masih terseragam indah di raund bord pekan Baling walau pun dah lusuh tetapi tetap senyum bersama gambar Pak Lah dan Najib bertemakan KEDAH GEMILANG.
Saya rasa MB baru ( Datuk Seri Azizan ) cukup tolenransi dan tak berdendam seperti yang didakwa oleh pemimpin UMNO. Tapi Mahadzir Khalid pun sepatutnya jagalah maruah sikit....... pandai naikkan gambar tu, pandai - pandailah turunkan sendiri..... tak kan benda tu pun nak diajar.
Tapi di Melaka ni lain pula jadinya....... malam ni kita pasang kain rentang PAS, pagi esok hilang.... sebab Ali Rustam banyak balaci - balaci yang setia di Majlis Bandaran Daerah... Syabas ...

Tiada ulasan: