Pengikut

Isnin, 8 Februari 2010

DUN SERKAM BERPOTENSI UNTUK PAS.

SIANG TADI MTD SERKAM TELAH MENGADAKAN SATU PROGRAM RAKYAT SECARA PERCUMA DI MARKAZ PAS SERKAM DARAT. ANTARA AKTIVITINYA IALAH RAWATAN KESIHATAN PERCUMA, NASIHAT GUAMAN SERTA RAWATAN ISLAM DARUL SYIFA'. SAYA SEBAGAI PENYELIA DUN SERKAM MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA DR. ISHAK, YB DR. SHEKH IBRAHIM ( ADUN SG. ABONG ), DR. ABD. HALIM ( PENYUMBANG UBAT - UBATAN ) SERTA 3 ORANG PELATIH NURSING YANG TELAH MEMBANTU KERJA AMAL INI.
SAYA SAMPAI AGAK LIWAT SIKIT SEKITAR PUKUL 12.00 TGH. KERANA MENGHADIRI PROGRAM BERSAMA PEMUDA PAS KAW. BKT. KATIL SEAWAL PUKUL 8.30 PAGI LAGI UNTUK BERTEMU DENGAN MASYARAKAT TIONGUA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI BANDAR MELAKA. ALHAMDULILLAH SEHINGGA PUKUL 1.30 TGH TADI SAYA LIHAT MASIH TAK PUTUS LAGI KEHADIRAN PENGUNJUNG SAMA ADA MELAYU, CINA DAN INDIA.
SAYA DIFAHAMKAN OLEH PIHAK URUS SETIA BAHAWA RAMAI JUGA ORANG - ORANG UMNO YANG DATANG UNTUK DAPATKAN BANTUAN PERKHIDMATAN DI TAPAK PROGRAM TERSEBUT. DAN YANG AGAK MENARIKNYA JUGA IALAH ADUN SERKAM YB DATUK GHAZALI JUGA TURUT HADIR SEBELUM SAYA SAMPAI KE SITU. SAYA TAK TAHU APA TUJUAN BELIAU DATANG, MUNGKIN NAK TERJEMAHKAN SEMANGAT SATU MALAYSIA WALLAHU'ALAM. TAPI BAGI SAYA ITU SATU PETUNJUK YANG BAIK. SAYA PUN TAK ADA KEBERATAN UNTUK HADIR DALAM PROGRAM BELIAU KALAU DIJEMPUT. ITULAH PAS ..... BERPOLITIK ADA TEMPATNYA. APA YANG PENTING MASYARAKAT DUN SERKAM DAH MULA BUKA MATA BAHAWA PAS BUKAN SEKADAR PARTI POLITIK TETAPI JUGA PARTI KEBAJIKAN.

Tiada ulasan: