Pengikut

Isnin, 15 Februari 2010

SPRM BEBASKAN ALI RUSTAM !

SAYA BEGITU TERKEJUT APABILA MENDENGAR BERITA PEMBEBASAN ALI RUSTAM OLEH SPRM. TERLALU BANYAK PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAP OLEH SPRM DALAM ISU INI. UMUM MENGETAHUI BAHAWA ALI RUSTAM TELAH DISABITKAN OLEH LEMBAGA DISIPLIN UMNO BAHAWA BELIAU TERBABIT DENGAN POLITIK WANG ( RASUAH ) SEHINGGA HILANG KELAYAKAN UNTUK BERTANDING KERUSI TIM. PRESIDEN UMNO. OLEH KERANA ISU INI MELIBATKAN MARUAH RAKYAT NEGERI MELAKA, MAKA SAYA DAN KETUA AMK TELAH MEMBUAT LAPORAN SECARA RASMI KEPADA SPRM CAWANGAN MELAKA PADA 18 MAC 2009. PADA 20 MAC PULA SAYA DAN SAUDARA SHAMSUL ISKANDAR ( KETUA AMK PKR ) TELAH MENGHANTAR MEMORENDUM RAKYAT KE PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA, MEMINTA BELIAU MELETAK JAWATAN SEBAGAI KM.
SAYA MENUNGGU BERBULAN - BULAN HASIL LAPORAN TERBABIT DARI SPRM. TIBA - TIBA KELUAR KENYATAAN ALI RUSTAM BEBAS DARI RASUAH !!! RAKYAT NAK TAHU BILA SI ALI NI DIPANGGIL UNTUK SIASATAN KES INI? SAYA YANG MEREPORT KES INI PUN TAK DIPANGGIL BERI KETERANGAN. KALAU PIMPINAN PR BELUM ADA BUKTI DAH UMUM DALAM PAPER MUKA DEPAN, SETIAP KALI DIPANGGIL AKAN DIWARTA DALAM AKHBAR ! INI UNDANG - UNDANG HUTAN RIMBA MANA ?. MACAM KETAM NAK AJAR ANAK JALAN BETUL, DIA PUN JALAN TAK BETUL....
DALAM KES PEMBEBASAN YAB TAN SRI KHALID, YB. FAIRUZ DAN YB RODZIAH ISMAIL MEMANG PATUT DILEPASKAN SEBAB KES MEREKA TAK ADA ASAS CUMA FITNAH TANG DIREKA CIPTA. KES ALI RUSTAM MEMANG ADA ASAS SEBAB BADAN DISPLIN UMNO DAH SIASAT DAN PUTUSKAN ..... ITU PUN TAK BOLEH FIKIR......

Tiada ulasan: