Pengikut

Isnin, 10 Mei 2010

DPPNM TERUSKAN AGENDA TAWAN MELAKA.

Alhamdulillah Dewan Pemuda PAS Melaka baru selesai bermuktamar kali ke 35. Beberapa banyak agenda yang telas digagaskan untuk dilaksanakan oleh sayap kanan PAS negeri Melaka itu. Antaranya ialah misi merampas kerusi BN dibeberapa DUN yang disasarkan pada PRU 13 nanti. Perkara ini begitu penting dan sokongan bersama rakan - rakan AMK dan DAPSY. Antaranya cadangan untuk tubuhkan skuad daftar pemilih sebagai asas kepada misi tersebut.

Saya juga meletakan agenda dalaman yang berbentuk memperkasa dan mengangkasakan kepimpinan dewan pemuda PAS disemua peringkat. Antaranya membina kemahiran mengurus dan merancang aktiviti serta membina ketrampilan sesuai dan selari dengan perkembangan politik massa. Saya harap pemuda PAS di setiap kawasan agar dapat memberi tumpuan kepada dua aspek yang telah digariskan dalam ucaptama saya itu.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu yang hadir terdiri daripada : sdr. Suhaizan ( ketua penerangan DPPP sebagai perasmi ), sdr. Dr. Raja Iskandar ( exco DPPP sebagai pemerhati pusat ), Dr. Siti Khatijah ( Ketua Muslimat Melaka ), Yb Tey kok kew ( pemuda DAPSY ), sdr. Hairiz ( Ketua AMK ).

Tiada ulasan: