Pengikut

Rabu, 5 Mei 2010

KORBAN NYAWA KEMUNCAK JIHAD

Apabila berita tentang ugutan bunuh terhadap Tok Guru Nik Abd. Aziz tersebar, saya tersenyum lebar, lantas berfikir sejenak....... Saidina Umar Al Khattob dibunuh oleh seorang majusi semasa beliau menjadi khalifah, Saidina Uthman dibunuh oleh pemberontak ketika beliau menjadi khalifah. Ini sunnah perjuangan Islam sentiasa dimusuhi oleh penentang, sama ada semula jadi atau pun ditaja. Sebab itu tok guru jawab : saya tak anggap ugutan itu sebagai serius.

Islam tidak mencari musuh, tetapi ia selalu dimusuhi. Harga dan nilai nyawa penegak kebenaran agama Allah adalah syurga. Sekian lama kita berkorban harta, tenaga dan masa, tetapi ingat ! kemuncaknya adalah nyawa. Kemungkinan ugutan itu sebagai petanda kesempurnaan tugas tok guru sudah sampai tahapnya.... wallahu a'lam. Apa yang nak ditakutkan dengan kematian? suka atau tidak, kita tetap pergi....... orang kaya mati, miskin pun mati. pemimpin mati, rakyat pun mati. Cuma bezanya ialah cara kematiannya. Cara mulia atau hina....

Tiada ulasan: