Pengikut

Ahad, 27 Jun 2010

P.PINANG BERUBAH, MELAKA ......

Malam tadi saya dijemput rakan PKR Melaka untuk berceramah Kg. Kuala Ina Pulau Sebang bersama tim. k. menteri P.Pinang YB Dr. Mansor Othman, Yb Yusmadi Yusof ( MP Balik Pulau ), Yb. Tey ( DAP B.hilir ). Apa yang menariknya ialah saya difahamkan rumah tempat kami ceramah adalah bekas ketua wanita UMNO cawangan..... Alhamdulillah.
Apa yang saya nak kongsi dengan rakyat Melaka bahawa cerita dari pulau mutiara dibawah kerajaan pakatan rakyat telah melakukan tranformasi yang memberangsangkan antaranya budget belanjawan kerajaan negeri bukan lagi berbentuk defisit bahkan lebihan, ini berbanding dengan dibawah kerajaan BN sebelum ini. satu lagi yang menarik juga ialah walaupun ketua menterinya LIM GUAN ENG bukan bernama ALI RUSTAM, P.Pinang telah menambahkan lagi peruntukan untuk sektor agama Islam sebanyak RM24 juta setahun, berbanding sebelum ini di bawah BN hanya RM11 juta. Di Melaka saya tak kedengaran keperihatinan kerajaan negeri untuk sektor agama...... bahkan banyak yang terabai..... mungkin yang penting kerajaan BN ialah pelancong didahulukan, rakyat ditinggalkan....

Tiada ulasan: