Pengikut

Ahad, 18 Julai 2010

MUFTI TAK MEMBANTU RAKYAT.

Hari ini mufti perak menawarkan diri untuk jadi orang tengah damaikan antara PAS dan UMNO. Saya ucap terima kasih atas kesediaan beliau, lebih - lebih lagi untuk sambung nyawa UMNO. Tapi agak pelik, sebelum ini rasanya banyak peranan yang sepatutnya beliau dan kuncu - kuncunya boleh lakukan. tetapi terlepas begitu saja...... mungkin tak menguntungkan UMNO.
Isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan, kenapa beliau tak tawarkan diri jadi orang tengah antara kerajaan negeri dan pusat? kerana ia membabitkan kepentingan 95% hak melayu Islam. Begitu juga dengan isu kenaikan harga barang baru - baru ini, sepatutnya beliau kena bersuara dari sudut hukum tentang keharusan tindakan kerajaan pusat, seperti kisah bekas Mufti mesir satu ketika dulu Syikh Izzuddin Abdus Salam lantang bersuara menegur tindakan Raja Qatas yang memerintah ingin menaikan cukai terhadap rakyat jelata. walau pun kerajaan pusat tak akan akur dengan pandangan ulamak, tetapi rakyat begitu harapkan sentuhan golongan agamawan.

Tiada ulasan: