Pengikut

Sabtu, 24 Julai 2010

MELAKA HAMPIR MUFLIS !

Saya baru berjumpa dengan rakan - rakan yang terbabit dengan agensi - agensi kerajaan negeri Melaka. Rata - rata mereka melahirkan kebimbangan dengan kepincangan pengurusan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rustam. Buktinya dana - dana yang disalurkan kepada agensi kerajaaan negeri terlalu sedikit menyebabkan berlaku kelembapan dalam sektor terbabit. Apa yang mereka tak puas hati ialah sektor perlancongan negeri diberi peruntukan yang agak lumayan. Sedangkan sektor - sektor lain diminta berusaha mencari dana tambahan sendiri.
Saya tertarik dengan harapan mereka ialah agar berlaku perubahan tampok pemerintahan negeri kepada pakatan rakyat pada PRU 13 akan datang. Sebab itu saya melihat bahawa kerajaan negeri tidak berani dedahkan kepada rakyat tentang budget - budget yang telah diwartakan kepada sektor - sektor terbabit. perkara ini berlainan apa yang berlaku di negeri - negeri di bawah kerajaan PR. Contohnya Pulau Pinang salurkan peruntukan sebanyak RM24 juta kepada sektor agama Islam P.Pinang, kerajaan Kelantan peruntukan hampir RM70 juta setahun untuk sektor pendidikan, tapi Melaka rakyat sendiri pun tak tahu. Tanya JKKK, lagi tak tahu apa?

Tiada ulasan: