Pengikut

Jumaat, 13 Ogos 2010

PEMINJAM TAPEM DITOCA DULU....

Akhirnya 12 orang murid saya yang akan melanjutkan pelajaran ke Unv. Al azhar Mesir diluluskan mendapat pinjaman Tabung pendidikan Melaka (TAPEM ). Seorang ditolak dengan alasan yang direka cipta. 2 orang lagi kerakyatan selangor. Apa yang saya tahu rakyat Melaka yang ke Mesir bukanlah ramai sangat macam negeri - negeri lain, itu pun nak bertapis sangat, tapi kalau nak bangunkan sekolah mengandung kerajaan sedia keluarkan duit.
Saya agak duka cita apabila difahamkan pihak TAPEM menemuduga pelajar lebih kepada toca mental dan terlalu kepartian. Tapi insyaAllah murid saya agak konsisten dan tabah menghadapinya, mungkin semangat saya turun pada mereka. Ini semua dugaan awal mereka sebelum dugaan yang lebih mencabar di bumi anbiak nanti. Saya doakan kalian semua berjaya dan bakal membantu perjuangan Islam. Anggaplah gangguan itu sebagai salakan anjing di tepi jalan.......

Tiada ulasan: